Jumaat, 17 Disember 2010

salam tahun baru...

salam tahun baru saya ucapkan kepada semua yang mungkin mengenali diri ini...sudah sekian lama blog ni tidak di update..nak kata sibuk pun xjgk...mungkin de la musyaqqah yang menghalang..hari ni dh masuk 11 muharram 1432H dan rasanya tidak telewat lagi untuk sambutan tahun baru islam ni...
kita tahu tahun hijrah ini diambil dari tahun bermulanya hijratul rasul dari makkah ke bumi madinah. semuanya atas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT..melalui falsafah hijrah ini lah mengajar akan kita bahawa perlunya kepada muhasabah diri (tazkiyah nafs) dalam semua aspek kehidupan kita yang sebenarnya tidak akan terlepas dalam pemerhatian tuhan. bermulanya tahun baru ni saya berharap ia akan memberi sedikit semangat kepada saya dan juga sahabat2 walau dimana jua anada berada agar semuanya dalam keadaan yang terbaik..semoaga kalian dirahmati Allah dalam setiap amalan dan kehidupan sekalian.....
wallahualam..

Selasa, 21 September 2010

.::kEtaWa..... KAH kah KAh!!! ::.

Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pun ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lawak mereka. "ok ok ok KAH KAH"

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 saja yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow agaknya). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "ok ok ok KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pun, orang2 boleh ketawa. Borak2 di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. Sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH ok ok ok"

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu ketawa sepanjang masa. "Ha ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata seorang hamba Allah. "ok ok ok"

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah..".

Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"Tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?

Daripada Abu Hurairah .a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "ok ok ok KAH KAH KAH KAH"

Khamis, 2 September 2010

ada apa dengan mu??

kenapa dirimu semakin jauh dariku..
adakah hati mu sudah mula melupakanku..
dosa apakah yang aku lakukan padamu..
sehingga kau menjauhi aku..

saat mula kita bersama..
kau seolah bahagia..
kita bersama harungi susah dan senang..
badi yang datang kita harungi bersama..

tapi kini aku tidak tahu apakah salah ku..
sehingga kau hanya buat endah tak endah pada ku..
apakah ada bahasa ku yang menyaktkan diri mu..
atau perbuatan ku yang tidak engkau senangi..

khabarkanlah pada ku wahai teman..
agar aku dapat membetulkan setiap kesalahan..
agar ikatan kita seerat dahulu..
seperti diawal perkenalan kita..

aku sentiasa bahagia bersama mu wahai teman..
berharap juga engkau seperti apa yang aku rasai..
andai ada kekhilafan ku..
ku susun jari mohon ampun dan maaf dari mu..


nukilan khas buatmu
teman seperjuangan ku

Ahad, 29 Ogos 2010

الذهب والفضة


baru2 ni kerajaan negeri kelantan telah pun melancarkan dinar emas dan dirham perak..kenapa tajuk ni pulak aku buh dalam blog aku ni???meh sni nk royak,
dalam al-quran berapa kali Allah sebut pasal emas dan perak ni??aku sendiri pun xtau tapi memang de la kan...kenapa disyariatkan zakat emas dan perak??pe falsafah kegunaan logam paling mahal dalam dunia ni sehinggakan Allah sebut dalam quran???korang de terfikir tak???mari kita kaji kenapa hal ni berlaku dan pe kena mengena dengan pengenalan dinar emas dan dirham perak kerajaan negeri kelantan ni.
secara umum kita tahu bahawa sesiapa saja yang memiliki emas dan perak sudah pasti orang itu seorang yang kaya..eamas digunakan sebagai pengukur nilai mata wang dalam dunia.denag eams juga kita boleh tahu turun naik nilai kewangan..secara umumnya kita merasakan jika memiliki wang yang banyak kita akan kaya,tapi korang tau x korang xboleh simpan wang yang bernilai berjuta2 dalam rumah korang..duit korang yang banyak tu kena buh dalam bank untuk digunakan sebagai rolling dalam pasaran bank.jika korang xsimpan duit dalam bank,duit korang tu lama-lama xlaku la..ini berbeza dengan emas dan perak.walaupun korang simpan bawah bantal sekalipun ia tetap bernilai dan akan tetap bernilai walau korang xguna selama bertahun2 sekalipun.kerana emas ni dijadikan kayu pengukur turun naik nilai kewangan.jadi bila negeri kelantan mengenalkan dinar emas ini adalah bertujuan supaya kita dapat melihat nilai kewangan kita dalam bentuk barangan yang xkan jatuh nilai dan harga pasarannya.ada duit dalam bank 8juta pun belum tentu korang boleh tgk duit tu gedabak depan mata korang.tapi bila eamas dan perak perkara ni memang korang dapat tgk sendiri harga dan nilai emas tu..simpan duit dalam bank hanya dapat tgk di skirn mesin atm je nilai duit korang..duitnya entah kita pun xtau duk mana.kita xdapa kuarkan semua duit kita dalam bank.de limit banyak mana yang boleh kita kuarkan dalam sehari.itu duit jelas kita nampak kekurangannya...antaranya biar aku senaraikan kat sini:-

1.- Dinar Emas dan Dirham Perak bukanlah mata wang yang sah diperlakukan (legal tender). Mata wang yang sah diperlakukan atau paksa laku seperti wang kertas, ialah sejenis pembayaran yang ditawarkan oleh undang-undang di mana penggunaannya tidak boleh ditolak untuk membayar atau melangsaikan hutang. Cek peribadi, kad kredit dan lain-lain kaedah pembayaran yang tidak dilakukan secara tunai, juga bukan mata wang yang sah diperlakukan, hanya nota dan koin Ringgit Malaysia adalah mata wang yang sah diperlakukan. Pengeluaran mata wang yang sah diperlakukan merupakan kuasa eksklusif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berniat ataupun berhasrat untuk mengeluarkan mata wang yang sah diperlakukan kerana ia satu usaha yang hampir mustahil dilakukan dari segi undang-undang.



2. Dinar dan Dirham dikenali dalam fekah sebagai mata wamg Syariah ataupun koin Syariah (sila lihat[a) Muqadimmah, Ibn Khaldun). Istilah koin Shariah adalah khusus kepada Dinar dan Dirham sahaja dan tidak digunakan untuk lain-lain koin samada yang diperbuat daripada emas, perak atau lain-lain bahan. Koin-koin lain semuanya dikenali sebagai koin bukan syarii (ibn Khaldun).



3. Istilah mata wang alternatif atau mata wang pilihan tidak terpakai kepada mata wang Syariah atau koin Shariah kerana istilah “koin Shariah” itu khusus untuk Dinar and Dirham sahaja dan bukanlah alternatif bagi lain-lain mata wang bukan sharii. Kedua-dua koin itu berdiri sendiri tanpa ada sebarang alternatif. Perkataan mata wang altenatif boleh digunakan sekiranya ada penerangan yang jelas terhadap perbezaan asas antara koin Syariah dengan mata wang yang sah diperlakukan seperti Ringgit Malaysia. Ringgit Malaysia mempunyai sebuah konsep perundangan dan fungsi yang berbeza. Ringgit Malaysia tidak berasas kepada kepada sebarang komoditi ,(‘ayn’ dalam Bahasa Arab – maksudnya barangan) seperti Dinar dan Dirham, sebaliknya, Ringgit Malaysia hanyalah nota janji (Bahasa Arab “dayn” bermaksud hutang atau tanggungan) tanpa apa-apa nilai intrinsik (nilainya sebagai ‘ayn/barangan yang mempunyai nilai ialah nilai kertas yang hampir kosong) tetapi mata wang hampa (fiat currency) itu diberi nilai oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Sebaliknya, nilai Dinar dan Dirham bergantung sepenuhnya kepada nilai pasaran komoditi emas dan perak iaitu bahan koin-koin itu diperbuat, sama seperti sekilo beras bergantung kepada nilai beras. Perbezaan ini penting dari segi keagamaan, umpamanya, zakat yang merupakan sesuatu yang wajib di bawah hukum Syarak hendaklah dibayar dengan ‘ayn dan tidak boleh dengan dayn (sila lihat [b] Al-Kasani). Orang Islam hendaklah, sekiranya diberi pilihan (kalau pilihan tidak diberi atau tiada ‘ayn yang boleh diperolehi maka itu darurat, ia suatu keadaan yang luar biasa maka boleh digunakan buat sementara), untuk membayar zakat dengan ‘ayn.



4. Dari segi bahasa, Dinar dan Dirham tidak mempunyai nilai muka tetapi masing-masing memberi makna kepada nilai mengikut berat tertentu. Dinar mempunyai berat khusus 4.25 gram yang juga dikenali sebagai mithqal dalam bahas Arab . Dirham pula mempunyai berat khusus 2.975 gram atau 7/10 mithqal. Bolehlah dikatakan, dari segi perundangan, kedua-duanya adalah seperti 1kg beras. Kedua-dua Dinar dan Dirham adalah komoditi (emas dan perak) yang mempunyai berat tersendiri, yang disebut di dalam al-Quran dan dalam banyak aspek Syariah berkenaan zakat dan lain-lain penghakiman, maka, beratnya tidak boleh diubah.



5. Dalam sejarah, koin-koin Syariah tidak pernah menjadi mata wang yang sah diperlakukan. Dalam amalan masyarakat Islam awal, bukan mata wang Shariah sahaja digunakan sebagai bahan perantaraan pertukaran untuk pembayaran. Barli, buah kurma dan garam juga digunakan sebagai bahan perantaran pertukaran untuk pembayaran dan oleh itu tidak ada hak eksklusif diberi kepada koin-koin Syariah. Amalan sebegini disebabkan adanya “pilihan untuk memilih bahan perantaraan” kerana wang turut dianggap sebagai sebahagian daripada urus niaga yang turut dikawal selia di bawah perintah Al-Quran yang sama yang mengawal selia perdagangan iaitu “tijaratun ‘aan tardim minkum” yang bermaksud berdaganglah dengan persetujuan bersama . Persetujuan bersama mengenepikan ide paksaan ataupun monopoly berkaitan dengan urus niaga (sila lihat [c] Tafsir al-Jalalayn). Ini satu lagi sebab mengapa Dinar dan Dirham bukanlah mata wang yang sah diperlakukan dan tidak pernah menjadi wang sedemikian. Kebebasan memilih bahan perantaraan ialah satu hak asasi yang diberikan Allah kepada orang Islam dan bukan Islam. Penggunaan mata wang Syariah turut membawa maksud ia digunakan juga dengan meluas oleh orang bukan Islam.



6.Istilah “mata wang” biasanya difahami sebagai wang kertas yang sah diperlakukan atau wang hampa yang mempunyai nilai muka. Oleh kerana mata wang Syariah bukanlah mata wang sah diperlakukan dan tidak mempunyai nilai muka , koin Syariah itu lebih mudah difahami sebagai komoditi berbanding mata wang dalam penggunaan biasa istilah itu. Dalam amalan semasa, penggunaan koin Syariah tergolong dalam kategori pertukaran suka sama suka iaitu persetujuan bersama untuk pertukaran produk dan perkhidmatan. Sememangnya boleh dipertikaikan bahawa pada masa dahulu sebelum wujudnya perundangan mengenai matawang yang sah diperlakukan, urus niaga yang menggunakan emas dan perak merupakan urus niaga yang biasa dan istilah “tukar barang” sesuai utuk semua urus niaga juga. Oleh itu penggunaan istilah ”mata wang Syariah” hendaklah difahami seperti apa yang telah diperjelaskan di atas dan juga mengira pertimbangan amalan mengikut sejarah orang Islam kerana ia amat berkait rapat dengan hal-hal perundangan Islam.



7. Tidak lama dahulu dalam sejarah, mata wang kertas didefinasikan sebagai nota janji bersandarkan emas dan perak . Maka mereka sebenarnya memegang satu amanah (mempercayai seseorang itu untuk menjaga harta benda kita sehingga kita menuntutnya balik) dan bertanggungjawab untuk memulangkannya atau membayar balik sejumlah emas atau perak apabila dituntut. Kita tahu daripada sejarah bahawa tanggungjawab itu biasanya tidak ditunaikan dan akhirnya kerajaan dunia memutuskan secara berperingkat-peringkat untuk mengenepikan terus tanggungjawab tersebut. Kes yang paling mudah dibuat contoh ialah dollar Amerika Syarikat apabila negara itu membuat keputusan bersendirian untuk membatalkan Perjanjian Bretton Woods. Konsep pecah amanah ini diketahui di dalam al-Qur’an dan membawa bersamanya kesan perundangan iaitu larangan menberi amanah kepada orang bukan Islam kecuali mereka berada di bawah pemerintahan orang Islam supaya mereka kelak akan menunaikan tanggungawjab kontrak mereka itu (sila lihat [d] Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi). Perintah ini, dalam teori memberi maksud larangan untuk menerima pound British , dollar Amerika Syarikat dan lain-lain (atau apa sahaja mata wang yang menggunakan mata wang-mata wang ini sebagai sandaran), telah lama dihapuskan sejak zaman penjajahan oleh undang-undang baru yang menganggap larangan itu tidak lagi terpakai. Di bawah inspirasi sistem perundangan penjajah, undang-undang perlembagaan semua negara Islam termasuk Malaysia memberi hak untuk menerima nota janji negara asing, daripada negara bukan Islam (umpamanya, USD) kepada Bank Negara masing-masing sebagai rezab nilai untuk mata wang hampa mereka sendiri. Disebabkan ini, ramai orang Islam ( termasuk bukan Islam) masih lagi beranggapan bahawa wang hampa mereka itu masih mempunyai sandaran emas atau perak sedangkan pada hakikatnya tiada mata wang di dunia ini yang bersandarkan emas mahupun perak. Dinar emas dan Dirham perak ialah komoditi (‘ayn), maka kedua-dua koin itu bukanlah amanah sesiapa. Apabila kita berurus niaga, kita menyerahkan sedikit emas atau perak dan tidak memerlukan sandaran apa-apa bahan lain mahupun memohon keizinan pihak berkuasa selain daripada dirinya sendiri. Ini satu lagi sebab mengapa mata wang Syariah tidak boleh dibandingkan atau dipertimbangkan sebagai alternatif kepada “mata wang kertas”.



8. Ramai yang terkeliru dengan konsep sah diperlakukan. Koin dan nota bank tidak memerlukan izin untuk menjadi “sah diperlakukan” sebagai wang untuk berjual beli atau melaksanakan lain-lain urusan di mana wang berperanan digunakan . Apa yang pasti ialah wang yang sah diperlakukan mestilah diterima untuk membayar hutang wang . Sebagai contoh, Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat tidak menghadkan perniagaan swasta, individu atau pertubuhan menerima atau menolak bentuk pembayaran kepada mereka. Sebab itulah, peniaga bebas untuk menentukan bentuk pembayaran, sebagai contoh, menggunakan kad kredit, atau untuk menolak menerima nota bank yang pecahannya besar . Di Kanada sebagai contoh, hanya nota bank yanag dikeluarkan oleh Bank Canada sah diperlakukan, bagaimanapun, urus niaga komersil secara sah di sisi undang-undang boleh diselesaikan dalam apa cara sekalipun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Jumlah urus niaga Kanada yang agak besar dibayar dalam dollar Amerika Syarikat walaupun dollar Amerika Syarikat bukanlah mata wang yang sah diperlakukan di Kanada. Status wang yang sah diperlakukan boleh diketepikan kecuali seseorang itu berada dalam keadaan berhutang maka sebab itu, mesin menukar wang ataupun pekerja pengangkutan tidak perlu menerima wang pecahan besar nota bank untuk tambang bas atau pun untuk sekeping coklat dan pekedai pun boleh menolak daripada menerima nota bank. Walaubagaimanapun, restoran yang memungut wang hanya selepas hidangan makanan selesai (satu kedudukan di mana hutang telah tercipta) terpaksa menerima apa saja wang yang sah diperlakukan. Hak seorang peniaga untuk menolak menjalankan urus niaga dengan sesiapa sahaja membawa maksud bahawa seorang pembeli itu tidak boleh menuntut melakukan satu pembelian, maka mengisytiharkan sesuatu mata wang itu sah diperlakukan untuk tujuan selain daripada membayar hutang merupakan satu tindakan lewah.



9.Penempaan Dinar dan Dirham merupakan satu amalan orang Islam sejak daripada awal Islam lagi. Koin bertarikh pertama orang Islam ialah Dirham perak Sasanian Yezdigird III, yang ditempa semasa Khalifah Uthman radiallahu anhu. Koin-koin ini berbeza daripada yang asal kerana terdapat tulisan bahasa Arab pada bahagian muka koin itu, biasanya “dengan nama Allah”. Sejak itu tulisan dalam bahasa Arab dengan nama Allah dan juga sebahagian daripada ayat Qur’an di atas koin-koin itu menjadi ikutan semua koin yang ditempa oleh orang Islam. Pada tahun 75H (695M) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Haddjadj untuk menempa dirham yang pertama dan secara rasminya mengikut Piawaian Umar Al-Khattab radialluhu anhu: 7/10 mithqal. Pada tahun berikutnya, beliau memerintahkan dirham ditempa di semua wilayah Dar al-Islam. Beliau memerintahkan koin-koin itu ditempa dengan ayat “Allahu Ahad Allahu Samad”. Penempaan koin Syariah dianggap satu tanggungjawab Sultan yang mesti diikuti (sila lihat [e] al-Qurtubi).

kita sambung sikit lagi

kalau dahulu Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan yang dialami terhadap ekonomi mereka juga menyebabkan ia turut menjangkiti negara-negara lain di dunia.

Tiada lagi detik sejarah kegemilangan Amerika sehingga mereka berani angkat muka tanda bangga, merekalah jaguh ekonomi dunia semasa era Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 sehingga mereka berjaya menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara masing-masing kepada dolar AS di mana mereka memberikan jaminan bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Apabila berlakunya ketidaktentuan turun naik nilai mata wang, ia telah menyebabkan spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan. Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai. Nampak kelebihan memiliki dinar emas?


Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara dilanda krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

* Kadang kami jadi pelik apabila sebagai sebuah negara Islam tetapi kewangan tidak ISLAM
* Kadang-kadang kami bertambah pelik apabila kita memang ada kewangan Islam, bunyi macam Islamic tetapi fungsi sama sahaja dengan konvensional

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai :

“sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”.

Oleh yang demikian, manusia sepatutnya mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya. Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.


Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia sudah buka mata sehingga mereka menyeru menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang? Dinar emas menag tiada riba dalam Islam.

Yang paling kami BIMBANG ketika ini di mana rezab BNM lebih tertumpu kepada rezab wang asing khususnya dolar amerika iaitu sebanyak 87.65Billion berbanding keseluruhan rezab matawang asing iaitu 87.7 Billion. Dollar US tiada apa-apa nilai yang sebenar. Yang sedihnya rezab emas negara hanya 0.4% sahaja. Apa-apa yang berlaku terhadap dollar Amerikan US$, kita hanya mempunyai selonggok wang kertas dollar dan sijil bond US yang layak dijadikan kertas kitar semula sahaja.

* Total Gross International Reserves - 95.0
* Foreign Currency Reserves - 85.1
* IMF Reserve Position - 0.4
* SDRs - 2.0
* Gold - 1.5
* Other Reserve Assets - 6.0

SUMBER : BNM

Kami sangat sarankan beli dinar emas, gold bar contohnya sebagai pelaburan jangka panjang. Dalam al-Quran sendiri ada tekankan di mana suatu hari emas itu akan menjadi suatu nilai yang sangat berharga. Nah…..al-Quran sudah memberikan gambaran awal tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Wang yang kita guna pada masa sekarang merupakan hasil ciptaan kapitalis. Mereka sendiri pun meramalkan pada suatu hari nanti nilai mata wang akan susut sehingga tidak bernilai lagi. Kita nak tunggu bila lagi baru nak bertindak?

* Apabila bila kita melakukan sesuatu dan musuh kita marah terhadap apa yang kita lakukan, ini bermakna apa yang kita buat adalah betul dan tepat.
* Jika kita melakukan sesuatu dan musuh kita senyap, maka ertinya kita telah sama setaraf dengan musuh kita kerana itu musuh kita tidak marah !
* Dan bertambah pelik apabila kita membuat kerja dan meniru apa yang musuh kita lakukan. Macam mana tu? Renung-tenungkanlah…….

Zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir sendiri pun mengalakkan penggunaan dinar emas. Jadi langkah kerajaan negeri Kelantan sebenar tak salah malahan patut dipuji dan dicontohi.. Tak semua langkah-langkah kerajaan pembangkang itu adalah pembaziran cuma sesetengah kelompok yang suka melagakan bangsanya sendiri atas dasar politik semata.

* 1/2 Dinar :: RM 293
* 1 Dinar :: RM 586
* 2 Dinar :: RM 1 172
* 5 Dinar :: RM 2 930
* 8 Dinar :: RM 4 688
* 1 Dirham :: RM 13
* 2 Dirham :: RM 26
* 5 Dirham :: RM 65
* 10 Dirham :: RM 130
* 20 Dirham :: RM 260

Dalam usaha untuk mengelakkan manusia khususnya umat Islam terus daripada ditipu dan dizalimi oleh sistem matawang kapitalisme banyak lagi usaha yang diperlukan untuk menyempurnakan sistem matawang Islam. Semua perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menyokong sistem matawang Islam. Yang pastinya pembeli mesti memastikan pasti dinar emas atau dirham perak yang dibeli adalah dari kedai yang berdaftar, bukan dari individu atau apa persatuan lain. Seperkara lagi, bukan senang nak buat dinar emas tiruan sebab standard berat coin asli sangat beza dengan berat syiling palsu disebabkan komposisi logam yang ada di dalamnya.


Kalau kira soal pemalsuan pula, kita tidak boleh daripada menerima hakikat selagi ada teknologi dan perangai tamak manusia, selagi itu tak boleh lari dari gejala pemalsuan. Hatta duit kertas pun banyak yang telah dipalsukan. Bukan sikit sikit, setiap tahun berbillion billion dipalsukan. Duit yang dinilaikan juga boleh ditipu dengan pemberian berjuta-juta kepada syarikat kerajaan tanpa ada wujud duit nyata. Hanya angka dalam bank sahaja. (Amerika tengah buat sekarang ini )

Kalau nak simpan dinar emas atau dirham perak ini untuk mengelakkan risiko kecurian yang lebih rendah, boleh simpan di menara bank kerana bangunan seperti ini tidak berkongsi dengan perniagaan atau syarikat lain. Kebiasaannya mereka akan letakkan di bawah tanah. Harga sewanya untuk tempoh setahun sekitar RM115 setahun. Kalau simpan di cawangan bank yang terletak sebelah -menyebelah dengan kedai lain pun boleh, tetapi anda kerana sentiasa bersedia dengan risiko dinding bank ditebuk daripada dinding sebelah.

P/S : Apa apa pun kami penggunaan dinar emas dan dirham perak. Satu permulaan yang baik……

PP/S : Cuba bandingkan wang kertas dengan dinar emas merujuk kepada gambar di atas sekali, mana yang masih lagi bernilai walaupun sudah mengalami kerosakan….?mungkin kali ni tulisan aku lebih pada akademik sikt la...tapi bukan semua yang de kat atas 2 aku tulis...de juga petikan dari orang2 yang memang arif akan hal dinar dan dirham ni...waallah'alam.

Sabtu, 28 Ogos 2010

langit illahi...





-Kenangan di KISDAR-
[adakalanya kita jatuh,adakalnya kita bangun namun semua itu mengajar kita erti kehidupan]

Ada benda yang kita nak sangat,
kita usaha habis-habisan untuk dapatkan benda tu,
tapi kita tak pernah dapat. Sebab belum ada rezeki. tak apa lah.

Ada benda yang kita tak expect pun akan dapat, kita fikir belum masanya lagi untuk dapat benda tu,
tapi tup tup dapat terus. Senang-senang je Allah mudahkan

Ada benda yang kita sangka kita dah dapat, tapi silap.
sayang seribu kali sayang, kita tak pernah dapat pun

Ada benda yang kita fikir kita belum dapat,
tapi sebenarnya kita dah lama memiliki benda tu, tanpa kita sedar

Apa pun, syukurlah.

Lagi banyak engkau syukur, lagi banyak nikmat yang Dia akan beri untuk engkau

lagi banyak engkau sombong, lagi hebat engkau berlagak,
maka akan bertambah kufur engkau pada Dia

Astaghfirullah

Kalau setiap hari dapat bertaubat, beringat untuk menyucikan diri macam ni,
alangkah bagusnya!

moga terus m'jadi hamba yg terus b'syukur pada-Nya...

~maRi DenGAr cRiTe pAsal ADOLF HITLER~ BeliAU pRO iSLaM????



mungkin payah kita nak percaya bahawa adolf hitler ni seorang yang pro islam..tapi,kajian ni dibuat oleh rakan seorang sahabat saya yang menyiapkan tesis tentang seorang manusia yang bernama adolf hitler yang pernah dikatakan seorang tentera yang kejam...apa benar begitu??mari kita baca pe yang saya petik dari blog sahabat saya ni....sama ada nak percaya atau tidak,itu terpulang pada kalian...

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Rabu, 25 Ogos 2010

~JaGaLaH UKhwAh AntAra KitA~ (^_^)

nak dengar cite x???cite ni berlaku pada zaman dahulu(tarikh xtau bile..huhuhu)..diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah menuju ke Baitullah al-Haram untuk menunaikan ibadah haji. sampai je kat mekah, die pun menyimpan wang perbelanjaannya sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak baik..kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwuquf disana. setelah selesai wuquf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke mekah bagi mendapatkan kembali wang yang disimpan pada orang yang die amanahkan tadi..tapi, bile die sampai di rumah orang tersebut die mendapati orang yang menyimpan wangnya telah pun mati..lalu die bertanya la pada keluarga si mati tu dimana tempat wangnya disimpan tetapi keluarganya menjawab "kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu." lelaki tu berasa kecewa...
akhirnya die bertemu dengan seorang ulama di mekah dan menceritakan tentang perkara yang telah menimpa dirinya...ulama' itu menjawab "nanti pada tengah malam kamu pergilah ke telaga zamzam, lihatlah didalamnya. kemudian kamu panggillah nama sifulan itu. jika dia termasuk ahli syurga maka dia akan menjawab panggilanmu."
maka lelaki tadi pun pergilah menuju ke telaga zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang kaya tersebut..1kali,2 kali tetapi tidak ada sahutan..maka dia pun kembali pada ulama' mekah tadi dan mengkhabarkan apa yang berlaku malam tadi...mendengar khabar itu ulama' itu mengucapkan kalimah istirja'انا لله وان اليه راجعون "aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk ahli syurga. sekarang kamu pergilah ke yaman, disan ada telaga Barhut namanya,yang pernah dikatakan orang bahawa telaga itu adalah mulut neraka jahannam. lalu datanglah pada waktu malam dan panggillah nama si fulan itu. jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyalah dimana wangmu itu??
maka pergilah orang kaya itu ke Yaman, lalu die bertanya pada oarang akan tempat yang terdapat perigi barhut itu. akhirnya dia ditunjukkan orang akan tempat perigi itu..pada malamnya dia telah pergi ke perigi itu dan memanggil nama temannya itu. maka dengan serta marta panggilannya dijawab. maka dia pun bertanya "dimanakah engkau menyimpan wang ku?" orang itu menjawab :"aku telah menyimpannya di suatu tempat dirumahku. dan aku tidak percaya pada siapa pun, sekali pun anak ku sendiri. sekarang engkau pergilah di tempat itu dan ini, dan galilah ditempat itu, nescaya kamu akan menemui wang dinarmu itu."
kemudian lelaki tersebut bertanya "apakah yang menyebabkan engkau berada disini, sedangkan kamu adalah orang yang baik, dan kami bersangka baik terhadap kamu?" maka orang itu menjawab "aku mempunyai saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaanya serta tidak merasa kasihan kepadanya, kerana itulah Allah telah menyeksakau di sini dan menempatkanku di neraka jahannam,"

untuk membenarkan cerita in,disebutkan dalam sebuah hadis. nabi S.A.W bersabda:
لا يجخل الجنة قاطع رحيم
maksudnya:"tidak akan masuk syuraga orang yang memutuskan silaturrahim."

erm...sama2 kita renungkan...apakah hubungan kita sesama manusia ni dh bagus??tepuk dada tanya iman masing2...waallahu'alam

Selasa, 24 Ogos 2010

sama2 kita renungkan

renungan bersama

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik danglamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong

..... T E T A P I...

KITA JUGA LUPA....SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIANKITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPATADALAHPEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAHKITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONALimprovement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitanAKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kitapun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang punyang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberikita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebihkurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjayadi dunia dan akhirat.1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikutkehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumidan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyakmisik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, merekadiseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikatpada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

Isnin, 9 Ogos 2010

~kAtA-KaTA HatI~

kadang2 kita terlanjur melakukan kesilapan yang kita sendiri sedar akan kesalahan itu...tapi kenapa hal ni berlaku?? nak kata kita xtahu dosa pahala itu tak mungkin sama sekali..nafsu?mungkin benar. sebenarnya tuhan tak hairan berapa banyak dosa yang kita buat.tapi tuhan hairan kenapa kita xnak bertaubat..kadang-kadang aku sendiri pun byk xbetulnye..sekadar cakap untuk betulkan diri jugak..bukan nk tunjuk kita bagus...no body perfect omputih kate...whatever la...
waallahua'lam....salam ramadhan

Ahad, 1 Ogos 2010

Tenanglah Wahai Hati...


hampir selesai budak yang terakhir menuturkan kalimah Allah smabil di perhati oleh Ummi. segera aku mengambil kalam suci di penjuru meja dan terus bersimpuh di sebelah Ummi.

"tercengang??" bisik aku dalam hati

selesai sahaja budak itu, giliran aku pula. giliran anak Ummi yang liat sangat untuk menuturkan kalimah Allah.

"bismillahirahmannirahim" pembuka kata dari ku

ya Allah, sudah lama aku tidak menyentuh kalam ini, kalam yang mempunyai 1001 jawapan untuk mencari redha ilahi. betapa aku ini sangat dikuasai oleh syaitan. aku mula membaca, dengan perlahan menuturkan bacaan ku di depan Ummi.

"alif, laaammmm, miimmmm" ayat pertama dariku

"salah tu, x sampai pun 6 harkat, lg skali" tegur Ummi. betapa aku sayang dengan Ummi

"aliff, lammmmm, mimmmmmmm, ok??" teka ku.

"ok la, lepas 6 harkat, teruskan, ummi da lambat ni, nanti kamu nak buka puasa lg" tegur ummi mengingatkan aku akan masuk waktu solat mahgrib sebentar lagi.

"baiklah" kata aku perlahan. surah Al-Baqarah di baca dengan tertib sambil diperhati dan dinilai oleh Ummi. kadang-kadang, aku cuba melunakkan bacaan aku. ternyata tidak berhasil, malah banyak kesalahan tatatertib bacaan Al-Quran yang ditegur oleh Ummi.

selesai pembacaan aku walaupun hanya pada ayat 19 sahaja.

"oklah, x sempat dah ni, nak siapkan bahan buka puasa kamu lagi" Ummi tegur, melihat aku gigih berpuasa. ya Allah jika rasa lapar ini hanya untuk mendapat keredhaan Mu, aku sanggup ya Allah.

azan berkumandang, jelas kedengaran. alhamdulillah, rezeki Allah itu sentiasa ada. teringat dengan kata-kata manusia. jika ada rezeki adalah, membuatkan aku berfikir berulang kali. adakah waktu yang tiada rezeki? rezeki itu sentiasa ada, hanya waktu sahaja. adakah lambat atau cepat rezeki itu dibukakan kepada kita. wallahualam, Allah itu maha kaya. sabar sahaja.

"alhamdulillah" keluh aku kekenyangan.

"dah, pegi siap solat, Ummi nak sangat tengok korang solat jemaah" keluh Ummi melihat anak-anaknya.

"Ummi, bukan zayad tanak solat jemaah, tapi diorang yang tanak. zayad sanggup jadi imam, macam imam muda plak, keh3" cuba berseloroh

"eh? kamu.. melawak ke apa? sudah, pegi solat sana" Ummi berkata dengan lembut walaupun dengan nada yang tinggi.

"baik" sahut aku gaya sin chan, kartun komedi kanak-kanak di kaca televisyen.

selesai sahaja solat, aku kembali di hadapan kaca televisyen. melihat Ummi sedang melipat baju sambil matanya liar kearah kaca televisyen. sekejap di kaca televisyen, sekejap di alat kawalan jauh yang berada dalam genggaman syukri. adik aku, hanya bawah aku sahaja.

"Ummi nak tengok berita" keras suaranya.

"ummi" adik aku mula menggunakan bahasa yang lembut. budget baik dan lemah lembut.

"buat ape nak tengok berita, penuh muka najib je" sambung adik ku.

"tengoklah berita sikit je" aku mula bersuara dan meluru kearah syukri dengan harapan ingin mengambil alat kawalan jauh dari tangannya. ternyata, dia lebih bijak, sempat menyembunyikan di dalam seluarnya.

"ceh! dah la busuk" kata aku sambil merenung pada adikku.

"lantak a, aku yang bayar astro ni" bentak adikku.

"apa?? ingat orang takut a tu pandang camtu" sambungnya lagi. ya, aku mempunyai pandangan yang menakutkan kerana boleh menjegilkan mata sehingga membuatkan orang takut untuk melihatku.

"lantak ko la, malas layan" aku mengalah. jika bertengkar sampai bila-bila tidak akan habis. aku sudah faham benar adik-beradik aku semua. semuanya keras kepala, jika tiada yang mengalah mula tarik muka. masing-masing ikut perangai ayahnya. tetapi kata orang aku berbeza sikit. biarlah, apa yang aku tahu, aku ini anak soiful bahri dan tijah.

segera aku melabuhkan badan ku pada sofa yang seolah-olah tiada spannya, yang tinggal hanya kayu sahaja. mata aku meliar kembali dan tidak semena-mena terlihat pada handphone ku.

"hmm.. da lame x bunyik nset tu, yg slalu gune pun Ummi sebab die slalu takde kredit" gusar hati ku. berfikir sejenak, aku tiada kekasih? itu sudah semestinya. tetapi, kawan perempuan tiada juga, dekat facebook adalah. lama aku amati handphone aku, seolah-0lah mahu tembus sahaja.

"hah? masyaAllah" jerit Ummi. aku berpaling kepada Ummi, apakah yang sedang berlaku. dengan muka terkejut aku bertanya kepada Ummi,

"ade ape Ummi?"

"ni ha awad ini" kata Ummi ku sambil memegang handphone milik ajwad, adikku yang kelima.

"tengok ape pompuan ni balas kat awad" kata Ummi ku lagi, kali ini nadanya agak tinggi. aku ambil handphone yang dihulur Ummi kepada ku, pada ketika itu ajwad cuba menghalang dari sampai ke tangan aku. apabila berada di tangan aku, aku membaca dengan teliti. ya Allah, sehingga diriku ini tidak mampu untuk berkata.

"haish, ko wad.. ko nak jadi ape la.. ape yang ko carik wad?? makwe?? x payah a wad, bukan dapat ape pun. ko da a mude lagi, mentang-mentang lagi tinggi dari aku.. bla3.." herdik aku dengan penuh geram.

"ah, ko takde awek tu sebab ko kate camtu" ajwad menjawab.

"jawab-jawab, macamlah tak tau ko tak penah jumpe lagi pompuan tu" aku melenting. dan kemudian dia senyap.

"hmmm" Ummi menghela nafasnya.

"abang ape citer?" tanya aku cuba meredakan resah Ummi cuba membuka cerita abang aku zahid.

"camne camne?" tanya mak aku kembali.

"bergurau pulak, pasal abang suruh carikkan tu la" jawapan aku.

"da jumpe blom??" sambung aku kembali.

"hmm dah ade da, die nak tgk gamba abg" kata Ummi.

berita yang sampai ke telinga aku pada hari itu benar-benar membuatkan aku terkejut. bukan sahaja aku, malah sepupu aku juga terkejut. mana tidaknya. Ummi mahu carikan calon isteri untuk abang aku dari pusat dakwah yang selalu Ummi pergi.

"hmm, abang ngan pompuan tu, mcm x sesuai la ummi, abg da la camtu, pompuan tempat ummi tu plak kompem yg baik ummi, ini x leh jadi," aku cuba membantah cadangan Ummi.

"pe bleh buat, abg kamu yang suruh carikan" kata Ummi.

"takpe a, kalo kamu nak suruh Ummi carikkan, Ummi leh carikkan" sambung Ummi lagi.

"eh, takpelah Ummi, zayad ni da la camni.. perangai tah pape la ummi, rase tak layak sangat kalo dapat orang-orang camtu ummi" aku menolak dengan baik.

ilmu aku tidak lah tinggi sangat, apatah lagi dalam bab agama. ini kan pula mahu dijodohkan dengan seseorang yang aku rasakan paling baik kerana institut dakwah yang Ummi selalu pergi kebanyakan adalah yang baik-baik dan manis serta berakhlak. aku pernah ikut, dan aku tahu keadaannya. mereka ibarat satu keluarga yang sangat rapat dan mengerjakan amar makruf nahi mungkar. gerakan yang diberikan kepada mereka adalah ikhwan.

"ummi bkn ape, ummi tanak korang jadi tah pape, tak terurus.. pastu buat benda tah pape tah.." kata ummi.

aku bukan tidak mahu, cuma aku rasa seolah-olah tidak layak.

"betul ape yang ummi cakap tu, tapikan, zayad rase, macam betul-betul tak layak la ummi" kata aku ulang kembali ayat.

"takpe la zayad, Ummi nak carikkan jugak tuk kamu" Ummi mencelah seolah-olah memaksa.

ya Allah, hanya padaMu aku sandarkan harapan untuk jodohku ya Allah. jika telah ditakdirkan pilihan Ummi ku adalah yang terbaik dan yang telah dicatatkan di loh mahfuz, aku redha dengan segala ketentuan mu ya Allah, dan jika ini adalah cara untuk mendapat keredhaanMu, aku pasrah. ya Allah, jangan sia-siakan harapan ku ya Allah

"nak kene kawen 4 ke Ummi?" tanya aku dengan muka yang agak gatal.

"kalo boleh ummi nak anak ummi sume kawen 4" jawab ummi.

"no komen"

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana keturunannya, kerana hartanya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama, beruntunglah kedua tanganmu”.

Khamis, 29 Julai 2010

Adab berpuasa dan solat terawih


bulan ramadhan akan datang xlama lagi..jadi pe persiapan kita nk menghadapi bulan yang berkat ini??disini saya sediakan sedikit peringatan untuk sama-sama kita hayati..

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Rabu, 28 Julai 2010

Penawar Cinta Luka!


Apakah hati boleh diperbaiki, di rawat dan disembuhkan? Inilah persoalan yang dilontarkan dalam kuliah Ustaz baru-baru ini. Langit juga tidak selalu cerah, matahari kadang kala tiada bercahaya dan gerhana, bulan ada ketikanya tidak mengambang penuh, alam juga sekali sekala dipandang kabur sahaja. Begitulah hati manusia. Ada kalanya ianya resah dan gelisah. Gundah dan gulana. Nabi kita sendiri pernah mengalami kesedihan yang amat sangat bila mana kematian orang yang sangat di kasihinya, iaitu orang yang menjaganya di dalam dan diluar rumah.

Isteri tercinta Khadijah r.a.ha. dan bapa saudaranya Abu Talib yang sentiasa melindunginya berdakwah di luar rumah. Waktu pengikut tidak ramai dan mendapat tentangan, nabi di boikot, mereka inilah yang banyak membantu nabi. Bayangkan nabi menanggung kesedihan yang teramat dalam tahun tersebut.

Apatah lagi kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah yang pastinya ada perasaan sedih. Binatang sekalipun tidak lalu makan bila bergaduh dengan pasangannya seperti memerang. Tak ada mood nak makan. Jadi persoalan yang dilontarkan tadi, apakah hati manusia boleh dirawat?. Kalau boleh bagaimana caranya.

Tidak diragukan hanya islam sahaja yang membawa kaedah untuk merawat hati manusia. Hanya dengan agama yang dimuliakan Allah ini sahaja. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang dan tenteram. Masalah jiwa, hati yang keluh kesah, kembali kepada Allah. Tiada satu perubatan yang boleh selesai masalah jiwa manusia. Di hatilah tersimpannya perkara-perkara asas yang penting seperti jantung, roh, nafsu dan akal.

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Pengajaran yang dapat di petik dari peristiwa israk dan mikraj di mana Allah memperjalankan nabi s.a.w. untuk mempersaksikan kepada nabi kebenaran al-Quran tentang janji Allah syurga dan neraka dan hari pembalasan nanti. Ianya merupakan satu hiburan pada Nabi yang sedang mengalami saat kesedihan. Apalagi yang lebih istimewa selain bertemu dengan Allah. Bila mengingati Allah pun hati sudah merasa tenteram.
Zikir adalah menyebabkan Allah s.w.t. ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran: FAZKURUUNII AZKURKUM ertinya "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu." Dan diterangkan pula di dalam hadis: MAN ZAKARANII FII NAFSIHII ZAKARTUHUU FII NAFSII ertinya, "Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingatinya pula di dalam hatiKu."

Dalam sebuah hadith qudsi:
“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku.”
(Bukhari)

Orang yang beriman tenteram hati mereka bila berzikir/mengingati pada Allah. Memang benar, bila kita mengingati Allah, Allah akan mengingati kita. Bila kita lupa pada Allah maka Allah akan tinggalkan kita. Seorang ulama berkata kepada muridnya bahawa dia tahu bila Allah ingat padanya dan bila masa Allah tidak ingat padanya. Muridnya kepelikkan, hebatnya tuan gurunya. Lalu dia bertanya, bagaimana. Gurunya mengatakan senang sahaja.., katanya bukankah ayat Allah ada menyebut bahawa bila seseorang itu ingat Allah, Allah akan mengingati dia.

Tidak disangkal lagi, pastinya tiada masalah bila kita ada masalah kita kembali kepada Allah. Biarpun sahabat, kawan, keluarga, boss, tidak mahu mendengar masalah kita. Adukan masalah kita kepada Allah yang sentiasa sedia mendengar. Allah paling hebat memperdengarkan masalah hamba-hambanya. Apa yang lebih penting lagi selain Allah yang cukup tahu masalah kita. Maka kita tidak patut resah, kerana Allah sahaja yang boleh memberi penyelesaian tentang masalah kita.

Statistik yang disebut oleh Menteri Kesihatan di dada akhbar mengatakan masalah orang yang sakit jiwa di Malaysia membimbangkan, tidak lain hari ini berpunca kegagalan mendidik , membentuk dan membangun fizikal manusia sahaja. Ramai hari ini mencari ilmu untuk mengejar sijil, pangkat. Sedangkan solat, akhlak tidak dijadikan asas utama didikan. Tekanan yang diberi oleh ibubapa yang ingin anak skor A, pastinya membuat anak-anak sakit jiwa bila tidak dapat memperolehinya. Terlalu sangat mengejar pandangan manusia dari segi kedudukan, pangkat, sedangkan zohor, asar tidak solat sangat medukacitakan. Bila memandang apa kata orang, dan apa pandangan orang selamanya jiwa tidak akan tenang.

Bila kita lupa Allah, itu yang menyebabkan Allah meninggalkan kita dari rahmatnya. Orang beriman akan mencari Allah sebagai penyelesai masalah. Al-quran sendiri dijamin oleh Allah sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Sesungguhnya sebaik-baik zikir ialah al-Quran.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Surah israa' :82

Bila terlalu banyak dosa yang dibuat Allah tebus dengan dukacita. Pengubatnya taubat. Jika dosa dengan Allah bertaubatlah segera. Bila berdosa dengan manusia, maka minta maaf dan jumpa mereka. Jika tidak hati tidak akan tenang dan tenteram hingga ke saat kematian. Terus menerus akan dalam kedukacitaan. Walau diluar nampak segak dan gelak, azab duka cita di hati pastinya membakar jiwa. Itulah dosa yang dibuat pada anak adam yang memakan dalaman. Azabnya didunia sudah dirasakan.

Sayugialah kita semua kembali kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan. Wallahu a’lam....

Sabtu, 10 Julai 2010

sebaik-baik peringatan


1) Kematian merupakan peringatan yang terbaik. Allah tidak menyatakan bahawa kematian hanya pada orang yang lanjut usia atau yang menderita kesakitan. Hakikatnya, kematian tidak mengira usia, jantina, pangkat dan sebagainya.

2) Menjadi pemangkin untuk terus melakukan kebaikan. Hakikatnya, kita sering melakukan dosa sama ada disedari atau tidak. Andai kita mengira kita telah menggantikannya dengan amal kebaikan, persoalannya adakah amalan kita diterima-Nya? Adakah amalan itu disertai dengan keikhlasan?

3) Mengingatkan diri tentang matlamat utama kehidupan iaitu mardhatillah (keredhaan Allah). Amalan di dunia ini menjadi bekalan di akhirat. Seharusnya kita menyedari bahawa syurga itu mahal dan payah, tetapi mampu untuk dicapai. Berbekal kesedaran ini, kita mampu bergerak dan bertindak ke arah mencapai matlamat itu.

4) Pernah saya mendengar bahawa untuk ke syurga tidak cukup dengan amal kebajikan. Hakikatnya terlalu jauh amalan kita jika hendak dibandingkan dengan para Anbiya' dan sollehin yang terdahulu. Perkara utama yang membantu kita ialah rahmat iaitu kasih sayang Allah kepada kita. Jadi, ingat mati membawa kepada amal baik yang InsyaAllah dipandang Allah sebagai amal soleh.

5) Setiap kematian yang kita dengari dan lihat sebenarnya boleh membantu kita memperbaiki diri. Memanglah tidak seharusnya kita berbicara tentang hal keburukan si mati tetapi pada kejadian itu ada pengajaran yang boleh diambil. Bagaimana orang-orang soleh dimudahkan hal kematiannya, pergi dengan tenang dan mudah diuruskan jenazahnya. Ambillah ia sebagai pengajaran, kerana kematian adalah ilmu yang bermakna buat yang hidup.

Jumaat, 9 Julai 2010

Ya Allah..berikan aku sedikit kesabaran.


kadang2 kita berasa lemah bila diuji. terasa malas nk menghadapi ujian yang yang tuhan berikan pada kita. mengapa semua ni berlaku?xlain kerana tuhan sayang kan kita..diuji dengan sedikit ujian agar kita sentiasa ingat padaNya dalam segala genap kehidupan kita. ujian yang kita hadapi pada hari ini jika dikira baru sdikit berbanding dengan ujian yang telah dilalui oleh para anbiya'.nabi junjungan besar Muhammad SAW sendiri menghadapi ujian yang cukup getir dalam misi dakwah baginda. adakah Allah tidak menyayangi kekasihNya ini?? ujian yang diberikan adalah tanda kasih dan sayang Allah pada kita..jika kita diuji dengan kesakitan jangan la kita cepat mengeluh kerana nabi Allah Ayob A.S menghadapi kesakitan yang cukup dasyat sehingga baginda digambarkan sebagai seorang manusia paling sabar. kerana dengan kesakitan penyakit yang diuji oleh Allah kepada nya sehinggakan Allah mengabadikan kisah nabi Ayob dalam Al-quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

hari ini, sukar untuk kita mencari orang sehebat nabi Ayob A.S.tapi,kita boleh mengambil contoh dan teladan dari kisah baginda dalam kita menghadapi ujian. meskipun terlintasjuga dalam hati kita untuk lari dari ujian dan cubaan yang telah tuhan timpakan pada kita. ujian merupakn tarbiyah dari sang pencipta kepada kita dan sudah menjadi sunnatullah bai mereka yang memperjuangkan agama Allah tidak akan dapat lari sama sekali dari ujian dan dugaan. sejauh makah kita dapat bertahan dengan ujian tuhan itu adalah terserah pada kita yang menerima.Allah sama sekali tidak membebankan kepada kita dengan apa yang tidak mampu kita hadapi.oleh itu sama-samalah kita memperkuatkan diri menghadapi ujian,mehnah dan tribulasi dalam setiap langkah perjuangan lebih-lebih lagi dalam menegakkkan kalimah tauhid. biar nyawa jadi taruhan asal islam terus tegak di bumi Allah ini.

Sabtu, 3 Julai 2010

Bengkoknya tulang iga merupakan keistimewaan wanita


Apakah seorang wanita merasa tidak enak bila disebutkan oleh seseorang, seperti suaminya, bahwa dia diciptakan dari tulang iga yang bengkok?

Apakah dia merasakan bahwa kebengkokan tulang iga yang dia diciptakan oleh Allah berasal darinya akan mendiskreditkan dirinya dan juga mengurangi martabatnya?

Abu Hurairah telah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Saling berpesanlah kalian untuk memperlakukan wanita dengan baik, karena sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang iga, dan sesungguhnya yang paling bengkok dari tulang iga itu adalah bagian atasnya. Jika engkau bersikeras untuk meluruskannya, niscaya engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok. Karenanya, saling berpesanlah berkenaan dengan wanita.” (HR. Bukhari Muslim)

Makna hadist ini tidaklah mengurangi martabat wanita barang sedikit pun dan tidak pula mendiskreditkan eksistensi kemanusiannya. Bahkan makna hadits ini mengingatkan karakter psikologi penting yang telah difitrahkan dalam diri wanita sejak asal mula kejadiannya. Hadits ini melarang upaya untuk mengubah karakter ini melalui sabdanya yang mengatakan: “Jika engkau bersikeras untuk meluruskannya, niscaya engkau akan mematahkannya.”

Permulaan hadits ini dan penghujungnya, kedua-duanya memesankan untuk memperlakukan wanita dengan perlakuan yang baik. Pesan ini justru makin memberikan nilai tambah pada diri objek yang dipesankan dan sekaligus menguatkan penafian kecurigaan adanya kekurangan.

Hal yang bengkok bukanlah suatu kelemahan, demikian pula hal yang lurus pun bukan suatu keistimewaan. Alangkah indahnya ungkapan yang memperumpamakan hakikat ini dengan busur dan anak panah. Seandainya tidak ada kebengkokan pada busur, tentulah anak panah tidak dapat melesat kuat dan lurus ke arah sasaran yang akan dikenainya !

Sesungguhnya semua kata yang menunjukkan makna bengkok dalam bahasa Arab, dalam waktu yang sama menunjukkan pula arti yang mengandung makna PERASAAN. Kata ‘hadabun’ artinya punggungnya melengkung dan juga berarti penyayang. ‘Hanaa’ artinya bengkok dan juga sayang dan kasihan. ‘Athfun artinya berlenggak-lenggok saat berjalan dan sebagainya, dan juga berarti pengasih dan penyayang. Demikianlah seterusnya.

Jadi, dapat disimpulkan bahwa seandainya tidak ada kebengkokan yang juga mengandung arti kelembutan, kasih sayang, dan perasaan dalam diri wanita, niscaya laki-laki tidak dapat bergerak dengan lurus dalam kehidupan sebagai faktor yang menentukan.

Apakah akan berhasil jika kita coba meletakkan busur sebagai ganti dari anak panah pada busur lain untuk kita lepaskan ke arah sasaran? Apakah berhasil jika kita jadikan anak panah yang lurus sbg busur, lalu kita meletakkannya pada anak panah yang lain untuk kita lepaskan ke arah sasaran?

Jawabannya ialah dua anak panah, kedua-duanya tidak akan dapat mengenai sasaran! Demikian juga dua buah busur.

Tidak lain untuk mengenai sasaran hanyalah diperlukan sebuah anak panah dan sebuah busur!

Rabu, 23 Jun 2010

Ibu Bapa Nahkhoda Kehidupan Anak-Anak

"Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil".
Al Baqarah : 67

Al-Quran sering kali di anak tirikan oleh umat islam. Mereka hanya memandang enteng akan kepentingan al-Quran. Al-Quran hanya sekadar hiasan di setiap penjuru rumah.


Kamus bergambar bertukar tangan, tanda penghargaan daripada si bapa sempena lulusnya anak di medan peperiksaan. Kalaulah kamus comel itu digantikan dengan al-Quran yang terjamin akan kesuciannya, sudah tentu mendapat keberkatan daripada Ilahi.


Tapi masa sekarang sudah berubah!. Tika dahulu anak kecil diasuh mengenal huruf-huruf hijaiyah, Muqaddam dihafal setiap kali menjelang maghrib, bagaikan menutup tirai senja.

Teringat cerita semalam, di tangan Tok Guru tersedia rotan yang panjang, gerun kami melihatnya. Kiranya tersalah, maka dirotannya kami. Begitulah peritnya menuntut ilmu yang tiada tandingannya.

Namun kini, cerita semalam hanya tinggal kenangan. Parut dan luka lama menjadi sejarah dalam kamus hidupku.


“Tahun ni Amirul UPSR lah Kak Nah, jadi berhenti sekejap mengaji dan kelas fardhu ain. Senang sikit. Boleh beri tumpuan pada UPSR. Maklumlah, tahun depan katanya nak ke MRSM.”


Sedih bukan! Apabila dunia menjadi keutamaan, akhirat dilengah-lengahkan. Semakin kita mengejar kemewahan, terasa bagaikan nilai keimanan luntur dalam sanubari. Manusia rakus mengejar arus kemodenan yang tidak pasti akan hentinya. Bagi saya itulah kesan kejahilan. Jahil bukan masalah kecil. Tapi sentiasa dikecil-kecilkan. Bagaikan tidak nampak di mata kita.

Apabila si anak tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, maka si ayah dan si ibu akan berasa malu mempunyai anak seperti ini. Sedangkan berapa ramai graduan universiti yang tidak layak bergelar sebagai manusia, jahilkah mereka? Mereka yang hebat dari sudut akademik namun tidak pada agama. Bak kata Saiful Islam yang dipetik dari blognya “...(mafhumnya) kita bukan mahu anak kita menjadi orang agama, tapi cukuplah sekadar orang yang beragama.”

Segala-galanya bermula daripada rumah, teringat akan pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya:


“Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."


Daripada riwayat A-Bukhari dan Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”


Setiap anak yang dilahirkan suci akan sifatnya. Tiada noda-noda dosa, apatah lagi tompok hitam. Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa dalam menzahirkan syariat Islam ke atas seseorang anak. Supaya anak-anak itu menjadi seorang insan yang sempurna akan akhlaknya dan tidak menyekutukan Allah.

dipetik dari:iluvislam.com

Ahad, 16 Mei 2010

apa mahu jadi hari ini??!


baru2 ini kita dihangatkan dengan isu kerajaan meluluskan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak piala dunia FIFA2010 (senang kata judi la). perkara ini sangat sensetif bagi kita yang beragama islam. islam mengharamkan judi secara total seperti firman Allah SWT dalam surah Al-maidah ayat 90 yang bermaksud "wahai orang yang beriman, sesungguhnya khamar(arak) judi, menyembah berhala, tenung nasib dengan mata panah adalah amalan yang keji dan termasuk amalan syaitan. maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan". dalm perkara ini sepatutnya kerajaan tidak memberikan kompromi dengan meluluskan lesen judi tersebut. lebih malang lagi bila perkara ini diumumkan oleh seorang menteri yang beragama islam. dimanakah letaknya keimanan mereka? sanggupkah kita melihat agama kita diinjak-injak sedemikian rupa?rakyat palestin hari ini berjuang demi mendapatkan kembali tanah baitul maqdis.tetapi kita hari ini sedang melakukan sesuatu yang jelas haramnya malah dihina dalam agama.sebagai seorang yang beragama islam saya berasa cukup terkilan dengan perkara ini. dalam kita mengejar kemajuan janganlah syariat tuhan kita abaikan dan memperlekehkannya.demi semangat islam marilah kita bangkit melawan puak2 sekular ini.jangan sampai anak-anak kita tergadai agama dek kerana kerajaan yang sebegini rupa.generasi akan datang mungkin tidak lagi mengenal agama dengan baik jika perkara haram ini dibiarkan dalam negara yang kita cintai ini.kejatuhan kerajaan islam dahulu juga adalah kerana bila mereka lalai dan mula mengabaikan tanggungjawab pada agama.kerajaan yang kita harapkan dapat menjaga maruah agama dalam negara hari ini telah merobek amanah yang diberi.mereka yang memberi undi kepada kerajaan yang ada hari ini bertanggungjawab dihadapan Allah SWT kelak kerana merekalah yang membenarkan orang2 ini naik sebagai pemimpin.firman Allah SWT dalm surah Hud ayat 113 yang bermaksud "dan jangan kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu akan disambar oleh api neraka". ayat ini jelas menunjuk kepada kita bahawa kita tidak boleh bersama orang2 yang zalim.zalim adalah orang yang tidak taat pada suruhan Allah SWT. jika cenderung pun Allah sudah ingatkan pada kita bahawa api sudah menunggu apa lagi jika memberikan sokongan pada mereka ini.jadi,sebagai orang islam sama2 lah kita renungkan...

Rabu, 14 April 2010

ijma ulama tentang kufurnya orang yang menentang hukum al-quran


1. Al-Hafiz Ibnu Katsir.

Ketika menafsirkan firman Allah,...

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (al-Ma’idah [5]: 50)

Ibnu Katsir mengulas, “Allah mengherdik orang yang keluar dari hukum Allah dan beralih kepada pendapat, ego dan istilah yang dibuat manusia, sebagaimana kesesatan dan kebodohan yang dijadikan bangsa jahiliyah dalam menetapkan hukum, sebagaimana politik kerajaan bangsa Tartar yang diambil dari raja mereka, Genghis Khan yang membuat Yasiq, iaitu undang-undang yang dikumpulkan dari berbagai sumber hukum dan pandangannya sendiri, lalu ia menjadi aturan yang diikuti oleh bangsa Tartar. Barangsiapa yang mengikuti hukum tersebut, maka ia kafir dan wajib diperangi sampai ia kembali kepada hukum Allah dan Rasul-Nya.

Dalam kitab al-Bidayah wan-Nihayah (13/119), Ibnu Katsir juga mengatakan, “Barangsiapa meninggalkan syari‘at yang muhkam (tegas dan tidak mengandung takwil) yang diturunkan kepada Muhammad bin Abdullah Penutup para Nabi SAW, lalu mengikuti hukum syari‘at yang telah dihapus, maka ia telah kufur. Lalu, bagaimana dengan orang yang mengikuti hukum Yasiq dan lebih mengutamakannya daripada hukum Allah? Barangsiapa yang berbuat demokrasi, maka ia telah kufur berdasarkan ijma’ umat Islam.”

2. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah.

Ibnu Taimiyyah dalam kitab al-Fatawa (3/267) mengatakan, “Ketika seseorang menghalalkan sesuatu yang disepakati haram, atau mengharamkan sesuatu yang disepakati halal, menggantikan syari‘at yang telah disepakati, maka ia kafir dan murtad menurut kesepakatan para ulama fikih.”

3. Syaikh Muhammad bin Ibrahim, Mantan Mufti Saudi.

Dalam risalah Tahkim al-Qawanin Syaikh Muhammad berkata, “Di antara bentuk kufur yang paling besar adalah menempatkan undang-undang yang terlaknat menggantikan apa yang diturunkan malaikat Jibril pada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan hukum yang berlaku di antara manusia. Hal itu sesuai firman Allah,

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (an-Nisa’ [4]: 59)

4. Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz.

Ia berkata, “Seruan nasionalisme Arab dan persatuan di bawah panjinya mengakibatkan masyarakat menolak hukum al-Qur’an, kerana orang-orang nasionalis non-muslim tidak akan rela mengikuti hukum al-Qur’an, sehingga hal itu mengharuskan para pemimpin nasionalis untuk mengambil hukum positif yang bertentangan dengan hukum al-Qur’an, agar semua masyarakat memiliki kedudukan yang sama di hadapan hukum-hukum tersebut. Banyak dari mereka yang meneriakkan hal ini sebagaimana telah dijelaskan. Ini merupakan kerosakan besar, kekafiran yang nyata dan kemurtadan yang jelas, sebagaimana firman Allah,

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (al-Maidah [5]: 44)

Setiap orang yang tidak memutuskan menurut syari‘at Allah dan tidak tunduk terhadap hukum Allah, maka dia orang yang jahil, kafir, zalim lagi fasiq berdasarkan nas ayat-ayat yang muhkam ini.

Abdul ‘Aziz bin Baz juga mengatakan, “Sesungguhnya orang-orang yang menyerukan nasionalisme atau sosialisme atau fahaman-fahaman destruktif lain yang berlawanan dengan hukum Islam itu kafir dan sesat, lebih kafir daripada Yahudi dan Nasrani. Mereka itu adalah orang-orang atheis yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Tidak satu pun di antara mereka yang boleh menjadi khathib atau imam di suatu masjid milik umat Islam, dan tidak sah solat di belakang mereka. Setiap orang yang membantu kesesatan mereka, menganggap baik apa yang mereka dakwakan, serta mencaci dan mencemuh pada da'ie yang menyerukan Islam itu juga kafir lagi sesat.

5. Syaikh Dr. Yusuf al-Qardhawi.

Dalam kitab al-Islam wal-‘Ilmaniyyah mengatakan, “Seorang sekular yang menolak penerapan syari‘at dari awal itu tidak memiliki hubungan apapun dengan Islam kecuali nama saja. Ia telah murtad dari Islam secara pasti, dan wajib diminta untuk bertaubat, dijauhkan dari syubhat dan diajukan protes kepadanya. Kalau dia tidak bertaubat, maka mahkamah perlu memutuskannya murtad dan melucut statusnya sebagai muslim, dipisahkan dari isteri dan anak-anaknya, dan berlaku padanya hukum orang-orang murtad, baik semasa hidup atau sesudah mati.”

Sebahagian sarjana, atau orang yang telah menjual agama mereka dengan duniawi, mengatakan bahawa memutuskan perkara tidak berdasarkan wahyu Allah asalkan tidak menghalalkan sesuatu yang haram itu termasuk dosa dan maksiat yang tidak mengeluarkannya dari Islam.

Dr. Abdurrahman bin Shalih al-Mahmud, Pengetua Fakulti Ushuluddin, Riyadh, di dalam buku yang berjudul al-Hukmu bi Ghairi ma Anzalallah. Ia menulis, “Para ulama menyepakati kekafiran orang yang memutuskan perkara tidak dengan apa yang diturunkan Allah meskipun ia tidak menghalalkannya, sebagaimana yang dikemukakan banyak ulama. Di antara mereka adalah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Ibnu Katsir, Ibnu Qayyim. Umat Islam tidak mengenal adanya perubahan atas syari‘at dan keputusan berdasarkan hukum positif sebelum kedatangan Tartar dengan membawa hukum mereka yang bernama Yasiq. Kemudian datanglah era modern ketika bangsa Nasrani dan selainnya menyerang umat Islam. Di antara peninggalan mereka yang paling besar adalah hukum positif ini.

6. Ibnul Qayyim.

Disebutkan dalam al-Qur’an dan ijma’ yang sahih bahawa agama Islam menghapuskan setiap agama sebelumnya, dan bahwa barangsiapa yang mengikuti ajaran Taurat dan Injil dan tidak mengikuti al-Qur’an maka hukumnya kafir.” (Ahkam Ahlidz-Dzimmah, 1/259) Jika demikian, maka apatahlagi dengan mengikuti hukum positif.

Inilah kesepakatan yang dituturkan ulama mengenai kufurnya orang yang mengikuti hukum selain syari‘at Islam. Undang-undang kontemporari itu bukan syari‘at yang dihapus al-Qur’an, melainkan lebih menyerupai Yasiq milik bangsa Tartar yang terhimpun dari syari‘at-syari‘at yang ada dalam agama Yahudi, Nasrani dan Islam.

Muhammad bin Hamid al-Hasani dalam bukunya ath-Thariq ilal-Khilafah menjelaskan syarat-syarat untuk tidak menghukumi kafir orang yang memutuskan perkara tidak menurut wahyu Allah. Ia mengatakan,

1. Ia mengaku dan menerima secara lahir dan batin setiap hal yang ditetapkan Allah dan Rasul-Nya.
2. Ia mengakui bahwa dengan tidak memutuskan perkara sesuai dengan wahyu Allah dalam perkara-perkara yang diajukan kepadanya itu bererti ia berdosa, dan bahawa keputusannya tersebut keliru, dan keputusan Allah sahajalah yang benar.

Apabila ia berkata dengan bahasa verbal bahawa:
» Keputusannya lebih baik daripada keputusan Allah dan Rasul-Nya,
» Atau bahawa keputusannya sama dengan keputusan Allah dan Rasul-Nya,
» Atau bahawa keputusan Allah dan Rasul-Nya itu lebih sesuai untuk masa lalu,
» Atau bahawa apa yang diputuskannya itu lebih tepat dan lebih baik untuk masa kini,
» Atau bahwa hukum Allah dan Rasul-Nya itu lebih tepat dan lebih sesuai untuk setiap tempat dan waktu tetapi ia boleh memutuskan dengan apa yang dilihatkannya sesuai meskipun bertentangan dengan hukum Allah,
Seandainya ia mengatakan ini semua atau sebahagiannya atau salah satu darinya, maka ia telah menjadi kafir murtad.

3. Keputusan yang tidak menurut wahyu Allah itu berkaitan dengan kes kes khusus dan tertentu, bukan dalam perkara-perkara universal dan umum. Seperti contoh, seorang pencuri dihadapkan kepada hakim yang merupakan kerabat kepada pencuri. Sebenarnya hakim tersebut mengakui bahwa hukuman pencuri adalah potong tangan, tetapi ia membela kerabatnya dan menjatuhinya hukuman selain potong tangan. Lalu hakim tersebut ketika dihadapkan kes pencurian lain dimana pelakunya bukan kerabatnya, maka ia akan menjatuhkan hukuman potong tangan. Hakim dengan perbuatannya seperti ini disebut kafir di bawah kafir, dengan beberapa syarat

Rabu, 10 Februari 2010


Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.



Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri

Jumaat, 22 Januari 2010

fenomena berani berfatwa

Satu tazkirah yang menarik untuk direnungi, iaitu betapa ramai orang yang berani mengeluarkan hukum, walaupun dia bukan seorang yang mempunyai keahlian dalam bidang agama, contohnya dalam kes tuntutan puak-puak katholik yang menang di mahkamah, belum pun ada ulama’ mengeluarkan pendapat, sudah ada orang yang mendahuluinya menyatakan sokongan.. ingatlah apa yang dipesan oleh alim ulama’: “Orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling berani menghadapi neraka jahannam“. Ada sebahagian masyarakat yang tidak dapat membezakan di antara kenyataan politik dan mengeluarkan hukum. Semoga diselamatkan oleh Allah swt daripada bala ini. Nas-aluLlaha as-salamah wal ‘afiah.

dipetik dari:www.abuanasmadani.com

Selasa, 12 Januari 2010

haram memusnahkan rumah ibadat orang-orang bukan islam


firman Allah "dan janganlah kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dengan kejahilan mereka dan pasti mereka membalas penghinaan kamu dengan menghina Allah.sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha pengampun"..rasullullah S.A.W bersabda"jangan ada dikalangan kamu yang membunuh wanita,orang2 tua,mereka yang berlindung dirumah2 ibadat.dan janganlah kamu memusnahkan rumah ibadat,kebun-kebun dan harta benda mereka. ayat quran dan hadis ini jelas menunjukkan sebagai orang islam kita tidak boleh merendahkan agama lain.dakwah kita pelulah betul dan islam tidak menggalakkan umatnya melakukan keganasan.peritiwa pembakaran gereja yang digemparkan baru-baru ini adalah satu prkara yang tidak boleh dan tidak patut berlaku dibumi malaysia yang kita cintai ini.dimana letaknya perpaduan yang kita idamkan. jika perkara begini boleh berlaku dalam negara kita maka secara jelas dapat saya rumuskan bahawa kita masih belum mencapai perpaduaan yng sebenarnya...isu berkaitan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut kristian perlulah kita fahami dari sudut ilmiah dan bukan dari sudut emosi semata-mata.para ulama perlulah dirujuk dalam hal sebegini. orang islam janganlah cepat melatah..