Rabu, 26 Oktober 2011

menyahut seruan Ilahi...


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Ketika ini saudara-saudara kita yang telah terpilih menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan fardu haji ke Baitullah sedang sibuk membuat persiapan akhir. Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dengan pemilihan ini kalian akan melengkapkan rukun Islam ke5 iaitu rukun yang wajib disempurnakan apabila berkemampuan. Ramai saudara-saudara kita tidak berpeluang untuk kesana walaupun telah lama mendaftar dan membuat bayaran penuh kerana quata tidak mengizinkannya.
Ingatlah! Pemergian kalian ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji adalah jihad dijalan Allah SWT. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT, memohon kemaafan saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai, jika ada hutang-hutang yang lama belum dibayar maka diselesaikanlah atau minta halal kerana kita telah bebas daripada perkara-perkara yang wajib di selesaikan.
Ketika di Tanah Suci janganlah merosakkan ibadah kita dengan melakukan perkara mungkar serta kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti mengumpat, mencaci, memaki hamun dan mengutip batu di Tanah Suci untuk dibawa balik ke tanah air.

Oleh itu bagi setiap orang Islam yang ingin mengerjakan ibadat haji mestilah mengetahui segala rukun dan adab haji dengan betul supaya hajinya diterima oleh Allah.

Apalah gunanya jika ibadat haji yang mempunyai ganjaran dan kelebihan begitu besar seperti ganjaran orang yang berjihad di jalan Allah itu rosak dan binasa disebabkan perkara mungkar dan khurafat yang kita kerjakan. Malah ibadat haji yang kita kerjakan itu tidak diterima oleh Allah dan ia menjadi sia-sia.

Oleh yang demikian, bakal jemaah haji seharusnya mengambil perhatian berat berhubung perkara ini dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara mungkar dan khurafat. Mudah-mudahan dengan kita menjauhi segala perkara mungkar dan khurafat itu ibadat haji kita akan diterima oleh Allah.
Daripada Abdullah bin Masu'd bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hubungkanlah sekalian kamu antara haji dan umrah kerana ia menghapuskan dosa dan kemiskinan seperti menghembus tukang besi akan kotoran besi, emas dan perak. (Hadis riwayat Tirmizi).

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah dan tidak dicemari perkara dosa dan maksiat, dia akan kembali seperti hari pertama dia dilahirkan". (Hadis riwayat Bukhari).
Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah yang bermaksud : "Dan (diantara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barang siapa mengingkari (kewajipan) haji, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.".
(Surah Ali-Imran ayat 97)
Sesiapa yang telah mencukupi perbelanjaan untuk menunaikan haji maka dia wajib mengerjakannya tanpa ditangguh-tangguh lagi kerana ajal dan maut seseorang tidak siapa mengetahuinya.
Lantaran itu, jelas di sini bahawa ibadah haji wajib ke atas setiap muslim, baligh, berakal, merdeka, aman perjalanan dan berkemampuan. Satu syarat tambahan untuk wanita iaitu adanya mahram bersamanya.

Yang dimaksudkan dengan kemampuan ialah:

1. Memiliki bekalan yang mencukupi bagi perjalanan pergi ke Tanah Suci dan perjalanan pulang ke tanah airnya untuk dirinya dan perbelanjaan mereka yang di bawah tanggungannya semasa pemergiannya.

2. Pengangkutan yang sesuai.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan)." (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih).
Dalam satu hadis Nabi SAW melarang keras sesiapa yang enggan atau tidak berniat langsung untuk menunaikan salah satu rukun Islam yang lima iaitu mengerjakan fardu haji tanpa alasan yang dibenarkan syarak dan dia pula berkemampuan maka matinya adalah mati sebagai Yahudi atau Nasrani. na'uzubillahiminzalik.
Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani".(Hadis Riwayat Tirmizi dan Baihaqi).
Terdapat 4 tingkatan ibadah haji yang dilakukan oleh orang-orang Islam sama seperti ibadah solat dan puasa iaitu :

Pertama : Haji Mardud.

Haji Mardud ialah haji yang tidak diterima olah Allah SWT lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT.
Kedua : Haji Maqbul.

Haji Maqbul adalah haji yang sah dan diterima oleh Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala.
Ketiga : Haji Makhsus.

Haji Makhsus adalah ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang yang tertentu yang sempurna segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah SWT tetapi diampunkan segala dosanya.
Haji ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud :
” Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya ”
Keempat : Haji Mabrur

Haji Mabrur adalah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua muslim boleh mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain dari diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas yang bermaksud :” Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan syurga ”
Sahabat yang dihormati,
Setiap mukmin yang telah dipilih menjadi tetamu Allah SWT dan berpeluang mengerjakan fardu haji maka dia perlulah berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT semoga ibadah haji yang dikerjakannya adalah mendapat Haji Mabrur.

Adapun perkataan “MABRUR” di segi pengertian bahasanya ialah perbuatan yang tidak ada syubahat atau keraguan padanya atau hanya diertikan dengan makna yang diterima.
Makna Haji Mabrur pada istilah ialah haji yang diterima dan balasannya yang luarbiasa iaitu syurga, manakala lawannya ialah Haji Mardud iaitu haji yang ditolak dan tidak diterima.
Apakah syarat-syarat untuk mendapat Haji Mabrur?
Untuk mencapai tingkatan haji yang mabrur, tidak semudah seperti yang disangkakan tetapi tidak mustahil untuk mendapatkannya. Ia memerlukan beberapa syarat yang tertentu berdasarkan masa-masa tertentu.
Sebelum menunaikan fardu haji ada beberapa perkara yang seharusnya diperbetulkan sebelum berangkat keTanah Suci iaitu :
1. Niat semata-mata kerana Allah SWT.

Niat semata-mata kerana Allah swt, jangan sekali dicampur-adukkan dengan perasaan riak dan takbur. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Umar Al-Khattab yang bermaksud ” Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu apa yang diniatkan ”
2. Wang perbelanjaan diperolehi daripada sumber yang halal.

Wang yang diperolehi dan akan digunakan untuk tujuan menunaikan ibadat Haji hendaklah daripada sumber yang halal, jangan sekali dicampur-adukkan dengan sesuatu yang haram atau yang syubahat.
3. Kewajipan diri sendiri telah sempurna dan tidak mempunyai tanggungan lain yang wajib disempurnakan.

Setelah cukup syarat yang mewajibkan seseorang itu menunaikan haji tanpa memaksa diri sendiri dan semua tanggungan yang lain telah disempurnakannya tanpa menjejaskan pemergiaannya ke tanah suci untuk mengerjakan haji.
4. Semasa mengerjakan haji dijaga semua perkara iaitu :
a. Menyempurnakan segala rukun-rukun haji.
b. Menyempurnakan segala perkara-perkara wajib haji.
c. Membayar segala jenis dam yang dikenakan.
d. Tidak melakukan larangan ketika berihram haji seperti persetubuhan, kemaksiatan dan kemungkaran. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud :
” Masa untuk mengerjakan Ibadah Haji itu ialah beberapa bulan termaklum, oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya dengan niat mengerjakan Ibadah Haji itu, maka tidak boleh mencampuri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Haji ”
5. Selepas menunaikan haji (sudah balik ketanah air)
Orang yang telah menunaikan Haji, dianggap telah membersihkan dirinya daripada segala dosa dan kesalahan, setelah menunaikan ibadah haji khasnya setelah kembali ke tanah air maka beberapa perkara perlu diawasi :
a. Mengekalkan diri sentiasa dalam keadaan bersih dari sebarang noda dan dosa dengan menjauhkan perkara-perkara mungkar yang dilarang.
b. Memperbanyakkan amal soleh untuk meningkatkan iman dan ketakwaannya.
c. Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna di segi akhlak dan kelakuannya.
Dengan terlaksananya segala apa yang dinyatakan seperti di atas, maka besar kemungkinan seseorang itu akan mencapai ke tahap Haji Mabrur yang diidamkan oleh setiap pengunjung Baitullahil Haram.
Sahabat yang dikasihi,
Dengan huraian yang ringkas ini, diharap akan dapat memberikan satu gambaran tentang Haji Mabrur dan pencapaiannya atau sekurang-kurangnya dapat dijadikan sebagai panduan untuk mencapai Haji Mabrur.
Sesiapa di antara kalian yang belum lagi menunaikan haji maka berdoalah kepada Allah SWT semoga dipermudahkan oleh Allah SWT dan diberikan-Nya rezeki untuk menjadi tetamu-Nya kerana mereka yang terpilih sahaja layak menjadi tetamu-Nya.
Bagi sesiapa yang telah terpilih tahun ini untuk menjadi tetamu Allah SWT saya mengucapkan tahniah. Buatlah persiapan terbaik darisegi rohani, jasmani, emosi, mental dan kewangan.
Jangan lupa doakan saya dan keluarga semoga kami mampu pula ke sana dan diberikan oleh Allah SWT rahmat dan diberkati-Nya dan dimurahkan rezeki dan mampu meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah.
Saya doakan kalian semua semoga dikurniakan taufik dan hidayah-Nya serta kemampuan untuk melaksanakan ibadah haji dengan sempurna dan penuh ketakwaan, terhindar dari sifat riak yang merosakkan amalan.
Kepada Allah SWT diserahkan segala urusan dan kepada-Nya dipohonkan ganjaran di atas setiap amal yang dikerjakan.

Jumaat, 21 Oktober 2011

gantung aziz bari:menyekat kemajuan pendidikan di IPT


sedikit terkejut dengan berita pergantungan Prof aziz bari oleh pihak UIAM. siapa tidak kenal prof dr aziz bari ini..seorang pakar perlembagaan malaysia yang diiktiraf oleh kebanyakan ahli akademik seluruh negara.bagi saya tindakan pergantungan beliau adalah salah satu sekatan kepada kemajuan pendidikan tinggi negara kerana institusi pendidikan tinggi adalah sebuah institusi profesional. atas dasar apakah beliaua digantung. jika kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau terlalu berbisa bagi sesetengah pihak, sepatutnya beliau diberi ruang untuk membetulakan hujah beliau secara akademik dan bukan dengan menghambat keluar beliau dari pejabatnya di UIA. dimana kebebasan akademik di bumi bertuah Malaysia ini? Perkara ini jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara. Yang lebih menyedihkan, kebebasan akademik secara jelas telah dicabul, jenayah akademik dan intelektual sebegitu tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIAM khususnya.
yang nyata, isu yang dibangkitkan oleh ahli akademik ini perlu dijawab dengan secara ilmiah, bukan dengan cara politik murahan dan tidak bertamadun.
tindakan penggantungan sebegitu serta layanan terhadap Dr Aziz sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIAM di mata dunia sebagai sebuah universiti antarabangsa.

sekian....
p/s:bagaimana dengan prof kangkung yang kata negara tidak pernah dijajah???tiada apa2 tindakan ke???terang2 penyelewengan fakta dan akademik....

Ahad, 29 Mei 2011

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.

Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Isnin, 14 Februari 2011

sollu ala rasulillah...

Alhamdulillah wabihi nastain....selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi SAW.hari ini sudah masuk 12 rabiulawal dimana umat islam meraikan sambutan kelahiran Nabi SAW..sebagai umat yang kasih dan cintakan kepada baginda kita janganlah hanya sekadar merayakan hari kelahiran baginda semata-mata..lihat kembali perjalan kehidupan baginda yang penuh dengan liku dan cabaran dalam menyebarkan agama Allah yang Haq.
Pernah suatu ketika Nabi SAW duduk bersama sahabat dalam suatu majlis, tiba2 bergenang air mata baginda. sahabat gelisah melihat wajah nabi ketika itu. bila ditanya oleh Saidina Abu Bakr r.abaginda menyatakan bahawa baginda merindui IKHWANnya..Saidina Abu Bakr bertanya "bukan kami ini ikhwan mu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab "tidak, kamu adalah sahabatku..ikhwanku adalah umatku yang tidak pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintai aku..aku sangat rindu untuk bertemu dengan mereka."
Dari hadis ini kita dapat saksikan kecintaan NAbi kepada umatnya. persoalannya adakah kita tergolong dalam IKHWAN yang nabi maksudkan?? Nabi sehingga menitiskan air mata kerinduan pada umatnya. adakah kita juga merindui baginda seperti baginda merindui umatnya? saat sambutan maulud nabi ini janganlah kita hanya mengadakan perarakan dan kenduri maulud sahaja..perjuangan nabi tidak terhenti setakat kewafatan baginda. selaku umat kitalah yang harus memperjuangkan perjungan nabi dalam menyebarkan islam. bukan hanya sekadar perjuangkan hari lahir semata2..
menyambut maulud nabi ini hanya perkara yang harus. tetapi menghidupkan sunnah dan ajaran nabi adalah perkara wajib. janganlah kita hanya berselawat denga semangatnya hanya pada waktu perarakan sambutan maulud sahaja tetapi hilang selepas selesai perarakan..perlu diingat orang yang paling gembira dengan kelahiran nabi adalah bapa saudaranya Abu lahab..abu lahab sanggup memerdekakan 100 orang hamba sahaya dan menyembelih 100 ekor unta pada hari kelahiran nabi. tetapi sayang, apabila nabi dilantik Allah menjadi nabi kepada umat ini dengan membawa ajaran tauhid, abu jahal jugalah manusia pertama yang meghina nabi dan menyusahkan dakwah nak saudaranya itu. mahukah kita jadi seperti abu lahab?? ketika nabi mengumpulkan penduduk mekah dan mengatakan kepada mereka "seandainya aku katakan ada tentera di belakang bukit ini hendak menyerang kamu adakah kamu akan mempercayainya??" semua penduduk berkata "lebih dari itu kami percaya wahai Muhammad." lalu nabi meneruskan "aku mengumpulkna kamu keran ingin aku sampaikan berita agar kamu selamat dihari yang tiada perlindungan selain dari perlindungan Allah. aku mengajak kalian agar menyembah Allah yang Esa dan meninggalkan sembahan berhala,tidak melakukan riba,tidak berzina dan membunuh anak perempuan.dan kerana itulah aku diutus oleh Allah sebagi NAbi bagi sekalian kamu." mendengar ucapan ini abu lahab berteriak dan mengatakan kepada Nabi "celaka kau Muhammad. adakah kerana perkara ini kamu kumpulkan kami?"
kerana kebiadapannya kepada Rasulullah maka Allah telah menurunkan surah al-Lahab
"celakalah kedua tangan abu lahab"
janganlah kita tergolong dalam kelompok abu lahab ini yang hanya meraikan sahaja maulud nabi tetapi menolak ajaran dan sunnah yang dibawa oleh baginda.semoga dengan sedikit tulisan saya ini memberi kita pengajaran akan kehidupan dan susah payah nabi dalam berdakwah...wallahualam

Jumaat, 17 Disember 2010

salam tahun baru...

salam tahun baru saya ucapkan kepada semua yang mungkin mengenali diri ini...sudah sekian lama blog ni tidak di update..nak kata sibuk pun xjgk...mungkin de la musyaqqah yang menghalang..hari ni dh masuk 11 muharram 1432H dan rasanya tidak telewat lagi untuk sambutan tahun baru islam ni...
kita tahu tahun hijrah ini diambil dari tahun bermulanya hijratul rasul dari makkah ke bumi madinah. semuanya atas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT..melalui falsafah hijrah ini lah mengajar akan kita bahawa perlunya kepada muhasabah diri (tazkiyah nafs) dalam semua aspek kehidupan kita yang sebenarnya tidak akan terlepas dalam pemerhatian tuhan. bermulanya tahun baru ni saya berharap ia akan memberi sedikit semangat kepada saya dan juga sahabat2 walau dimana jua anada berada agar semuanya dalam keadaan yang terbaik..semoaga kalian dirahmati Allah dalam setiap amalan dan kehidupan sekalian.....
wallahualam..

Selasa, 21 September 2010

.::kEtaWa..... KAH kah KAh!!! ::.

Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pun ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lawak mereka. "ok ok ok KAH KAH"

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 saja yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow agaknya). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "ok ok ok KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pun, orang2 boleh ketawa. Borak2 di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. Sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH ok ok ok"

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu ketawa sepanjang masa. "Ha ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata seorang hamba Allah. "ok ok ok"

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah..".

Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"Tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?

Daripada Abu Hurairah .a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "ok ok ok KAH KAH KAH KAH"

Khamis, 2 September 2010

ada apa dengan mu??

kenapa dirimu semakin jauh dariku..
adakah hati mu sudah mula melupakanku..
dosa apakah yang aku lakukan padamu..
sehingga kau menjauhi aku..

saat mula kita bersama..
kau seolah bahagia..
kita bersama harungi susah dan senang..
badi yang datang kita harungi bersama..

tapi kini aku tidak tahu apakah salah ku..
sehingga kau hanya buat endah tak endah pada ku..
apakah ada bahasa ku yang menyaktkan diri mu..
atau perbuatan ku yang tidak engkau senangi..

khabarkanlah pada ku wahai teman..
agar aku dapat membetulkan setiap kesalahan..
agar ikatan kita seerat dahulu..
seperti diawal perkenalan kita..

aku sentiasa bahagia bersama mu wahai teman..
berharap juga engkau seperti apa yang aku rasai..
andai ada kekhilafan ku..
ku susun jari mohon ampun dan maaf dari mu..


nukilan khas buatmu
teman seperjuangan ku