Isnin, 9 Januari 2012

sifat-sifat anjing yg wajar diteladani

Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama :Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua :Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima :Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannyasekalipun dipukul dan dimarah.Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripadatempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh :Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasamarah atau berdendam.Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang.Inilah tanda-tanda orang yang susah.