kasih hati,kasih yang satu...sayang hati,hanya untuk NYa....semaian cinta dari kalbu hanya padaNya..
Jumaat, 1 Januari 2010
tahun baru datang lagi
selamat tahun baru kepada semua warga malaysia...berlalu sudah 2009 dan kini 2010 datang menerpa. belum pun habis pelbagai isu di tahun 2009 datang pula 2010 menjadikan segala peristiwa tahun lepas sebagai kenangan dan sejarah. apa pun kita mngharapkan yang terbaik di tahun 2010 ini.walaubagaimanapun,bagaimana kita melihat remaja islam kita menyambut tahun baru masehi ini??lebih mengejutkan kita setiap pagi 1 januari pekerja-pekerja DBKL menceritakan bukan saja sampah sarap dan tin-tin minuman biasa saja yang bertaburan malah tin-tin arak dan juga kondom!!
acara sambutan tahun baru, bagi anak-anak muda kota yang gemarkan hiburan merupakan sesuatu yang ditunggu. tidak kira dimana saja baik di bandar raya mahupun bandar-kecil. bercampur lelaki dan perempuan. jumlahnya mencapai puluhan ribuan. jangan hairan, 70% daripadanya adalah remaja melayu islam. sambil menunggu detik 12 malam macam orang bodoh, mereka dihiburkan dengan muzik yang dimainkan oleh kumpulanmuzik tajaan syarikat gergasi..
hakikatnya, itulah "hadiah tahun baru" yang diberikan oleh pemimpin kita hari ini...aduhai,macam mner la orang bukan islam tak hina kita kalau beginilah sikap pemuda2 kita...renung-renungkanlah