Ahad, 1 Ogos 2010

Tenanglah Wahai Hati...


hampir selesai budak yang terakhir menuturkan kalimah Allah smabil di perhati oleh Ummi. segera aku mengambil kalam suci di penjuru meja dan terus bersimpuh di sebelah Ummi.

"tercengang??" bisik aku dalam hati

selesai sahaja budak itu, giliran aku pula. giliran anak Ummi yang liat sangat untuk menuturkan kalimah Allah.

"bismillahirahmannirahim" pembuka kata dari ku

ya Allah, sudah lama aku tidak menyentuh kalam ini, kalam yang mempunyai 1001 jawapan untuk mencari redha ilahi. betapa aku ini sangat dikuasai oleh syaitan. aku mula membaca, dengan perlahan menuturkan bacaan ku di depan Ummi.

"alif, laaammmm, miimmmm" ayat pertama dariku

"salah tu, x sampai pun 6 harkat, lg skali" tegur Ummi. betapa aku sayang dengan Ummi

"aliff, lammmmm, mimmmmmmm, ok??" teka ku.

"ok la, lepas 6 harkat, teruskan, ummi da lambat ni, nanti kamu nak buka puasa lg" tegur ummi mengingatkan aku akan masuk waktu solat mahgrib sebentar lagi.

"baiklah" kata aku perlahan. surah Al-Baqarah di baca dengan tertib sambil diperhati dan dinilai oleh Ummi. kadang-kadang, aku cuba melunakkan bacaan aku. ternyata tidak berhasil, malah banyak kesalahan tatatertib bacaan Al-Quran yang ditegur oleh Ummi.

selesai pembacaan aku walaupun hanya pada ayat 19 sahaja.

"oklah, x sempat dah ni, nak siapkan bahan buka puasa kamu lagi" Ummi tegur, melihat aku gigih berpuasa. ya Allah jika rasa lapar ini hanya untuk mendapat keredhaan Mu, aku sanggup ya Allah.

azan berkumandang, jelas kedengaran. alhamdulillah, rezeki Allah itu sentiasa ada. teringat dengan kata-kata manusia. jika ada rezeki adalah, membuatkan aku berfikir berulang kali. adakah waktu yang tiada rezeki? rezeki itu sentiasa ada, hanya waktu sahaja. adakah lambat atau cepat rezeki itu dibukakan kepada kita. wallahualam, Allah itu maha kaya. sabar sahaja.

"alhamdulillah" keluh aku kekenyangan.

"dah, pegi siap solat, Ummi nak sangat tengok korang solat jemaah" keluh Ummi melihat anak-anaknya.

"Ummi, bukan zayad tanak solat jemaah, tapi diorang yang tanak. zayad sanggup jadi imam, macam imam muda plak, keh3" cuba berseloroh

"eh? kamu.. melawak ke apa? sudah, pegi solat sana" Ummi berkata dengan lembut walaupun dengan nada yang tinggi.

"baik" sahut aku gaya sin chan, kartun komedi kanak-kanak di kaca televisyen.

selesai sahaja solat, aku kembali di hadapan kaca televisyen. melihat Ummi sedang melipat baju sambil matanya liar kearah kaca televisyen. sekejap di kaca televisyen, sekejap di alat kawalan jauh yang berada dalam genggaman syukri. adik aku, hanya bawah aku sahaja.

"Ummi nak tengok berita" keras suaranya.

"ummi" adik aku mula menggunakan bahasa yang lembut. budget baik dan lemah lembut.

"buat ape nak tengok berita, penuh muka najib je" sambung adik ku.

"tengoklah berita sikit je" aku mula bersuara dan meluru kearah syukri dengan harapan ingin mengambil alat kawalan jauh dari tangannya. ternyata, dia lebih bijak, sempat menyembunyikan di dalam seluarnya.

"ceh! dah la busuk" kata aku sambil merenung pada adikku.

"lantak a, aku yang bayar astro ni" bentak adikku.

"apa?? ingat orang takut a tu pandang camtu" sambungnya lagi. ya, aku mempunyai pandangan yang menakutkan kerana boleh menjegilkan mata sehingga membuatkan orang takut untuk melihatku.

"lantak ko la, malas layan" aku mengalah. jika bertengkar sampai bila-bila tidak akan habis. aku sudah faham benar adik-beradik aku semua. semuanya keras kepala, jika tiada yang mengalah mula tarik muka. masing-masing ikut perangai ayahnya. tetapi kata orang aku berbeza sikit. biarlah, apa yang aku tahu, aku ini anak soiful bahri dan tijah.

segera aku melabuhkan badan ku pada sofa yang seolah-olah tiada spannya, yang tinggal hanya kayu sahaja. mata aku meliar kembali dan tidak semena-mena terlihat pada handphone ku.

"hmm.. da lame x bunyik nset tu, yg slalu gune pun Ummi sebab die slalu takde kredit" gusar hati ku. berfikir sejenak, aku tiada kekasih? itu sudah semestinya. tetapi, kawan perempuan tiada juga, dekat facebook adalah. lama aku amati handphone aku, seolah-0lah mahu tembus sahaja.

"hah? masyaAllah" jerit Ummi. aku berpaling kepada Ummi, apakah yang sedang berlaku. dengan muka terkejut aku bertanya kepada Ummi,

"ade ape Ummi?"

"ni ha awad ini" kata Ummi ku sambil memegang handphone milik ajwad, adikku yang kelima.

"tengok ape pompuan ni balas kat awad" kata Ummi ku lagi, kali ini nadanya agak tinggi. aku ambil handphone yang dihulur Ummi kepada ku, pada ketika itu ajwad cuba menghalang dari sampai ke tangan aku. apabila berada di tangan aku, aku membaca dengan teliti. ya Allah, sehingga diriku ini tidak mampu untuk berkata.

"haish, ko wad.. ko nak jadi ape la.. ape yang ko carik wad?? makwe?? x payah a wad, bukan dapat ape pun. ko da a mude lagi, mentang-mentang lagi tinggi dari aku.. bla3.." herdik aku dengan penuh geram.

"ah, ko takde awek tu sebab ko kate camtu" ajwad menjawab.

"jawab-jawab, macamlah tak tau ko tak penah jumpe lagi pompuan tu" aku melenting. dan kemudian dia senyap.

"hmmm" Ummi menghela nafasnya.

"abang ape citer?" tanya aku cuba meredakan resah Ummi cuba membuka cerita abang aku zahid.

"camne camne?" tanya mak aku kembali.

"bergurau pulak, pasal abang suruh carikkan tu la" jawapan aku.

"da jumpe blom??" sambung aku kembali.

"hmm dah ade da, die nak tgk gamba abg" kata Ummi.

berita yang sampai ke telinga aku pada hari itu benar-benar membuatkan aku terkejut. bukan sahaja aku, malah sepupu aku juga terkejut. mana tidaknya. Ummi mahu carikan calon isteri untuk abang aku dari pusat dakwah yang selalu Ummi pergi.

"hmm, abang ngan pompuan tu, mcm x sesuai la ummi, abg da la camtu, pompuan tempat ummi tu plak kompem yg baik ummi, ini x leh jadi," aku cuba membantah cadangan Ummi.

"pe bleh buat, abg kamu yang suruh carikan" kata Ummi.

"takpe a, kalo kamu nak suruh Ummi carikkan, Ummi leh carikkan" sambung Ummi lagi.

"eh, takpelah Ummi, zayad ni da la camni.. perangai tah pape la ummi, rase tak layak sangat kalo dapat orang-orang camtu ummi" aku menolak dengan baik.

ilmu aku tidak lah tinggi sangat, apatah lagi dalam bab agama. ini kan pula mahu dijodohkan dengan seseorang yang aku rasakan paling baik kerana institut dakwah yang Ummi selalu pergi kebanyakan adalah yang baik-baik dan manis serta berakhlak. aku pernah ikut, dan aku tahu keadaannya. mereka ibarat satu keluarga yang sangat rapat dan mengerjakan amar makruf nahi mungkar. gerakan yang diberikan kepada mereka adalah ikhwan.

"ummi bkn ape, ummi tanak korang jadi tah pape, tak terurus.. pastu buat benda tah pape tah.." kata ummi.

aku bukan tidak mahu, cuma aku rasa seolah-olah tidak layak.

"betul ape yang ummi cakap tu, tapikan, zayad rase, macam betul-betul tak layak la ummi" kata aku ulang kembali ayat.

"takpe la zayad, Ummi nak carikkan jugak tuk kamu" Ummi mencelah seolah-olah memaksa.

ya Allah, hanya padaMu aku sandarkan harapan untuk jodohku ya Allah. jika telah ditakdirkan pilihan Ummi ku adalah yang terbaik dan yang telah dicatatkan di loh mahfuz, aku redha dengan segala ketentuan mu ya Allah, dan jika ini adalah cara untuk mendapat keredhaanMu, aku pasrah. ya Allah, jangan sia-siakan harapan ku ya Allah

"nak kene kawen 4 ke Ummi?" tanya aku dengan muka yang agak gatal.

"kalo boleh ummi nak anak ummi sume kawen 4" jawab ummi.

"no komen"

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana keturunannya, kerana hartanya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama, beruntunglah kedua tanganmu”.

Khamis, 29 Julai 2010

Adab berpuasa dan solat terawih


bulan ramadhan akan datang xlama lagi..jadi pe persiapan kita nk menghadapi bulan yang berkat ini??disini saya sediakan sedikit peringatan untuk sama-sama kita hayati..

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Rabu, 28 Julai 2010

Penawar Cinta Luka!


Apakah hati boleh diperbaiki, di rawat dan disembuhkan? Inilah persoalan yang dilontarkan dalam kuliah Ustaz baru-baru ini. Langit juga tidak selalu cerah, matahari kadang kala tiada bercahaya dan gerhana, bulan ada ketikanya tidak mengambang penuh, alam juga sekali sekala dipandang kabur sahaja. Begitulah hati manusia. Ada kalanya ianya resah dan gelisah. Gundah dan gulana. Nabi kita sendiri pernah mengalami kesedihan yang amat sangat bila mana kematian orang yang sangat di kasihinya, iaitu orang yang menjaganya di dalam dan diluar rumah.

Isteri tercinta Khadijah r.a.ha. dan bapa saudaranya Abu Talib yang sentiasa melindunginya berdakwah di luar rumah. Waktu pengikut tidak ramai dan mendapat tentangan, nabi di boikot, mereka inilah yang banyak membantu nabi. Bayangkan nabi menanggung kesedihan yang teramat dalam tahun tersebut.

Apatah lagi kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah yang pastinya ada perasaan sedih. Binatang sekalipun tidak lalu makan bila bergaduh dengan pasangannya seperti memerang. Tak ada mood nak makan. Jadi persoalan yang dilontarkan tadi, apakah hati manusia boleh dirawat?. Kalau boleh bagaimana caranya.

Tidak diragukan hanya islam sahaja yang membawa kaedah untuk merawat hati manusia. Hanya dengan agama yang dimuliakan Allah ini sahaja. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang dan tenteram. Masalah jiwa, hati yang keluh kesah, kembali kepada Allah. Tiada satu perubatan yang boleh selesai masalah jiwa manusia. Di hatilah tersimpannya perkara-perkara asas yang penting seperti jantung, roh, nafsu dan akal.

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Pengajaran yang dapat di petik dari peristiwa israk dan mikraj di mana Allah memperjalankan nabi s.a.w. untuk mempersaksikan kepada nabi kebenaran al-Quran tentang janji Allah syurga dan neraka dan hari pembalasan nanti. Ianya merupakan satu hiburan pada Nabi yang sedang mengalami saat kesedihan. Apalagi yang lebih istimewa selain bertemu dengan Allah. Bila mengingati Allah pun hati sudah merasa tenteram.
Zikir adalah menyebabkan Allah s.w.t. ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran: FAZKURUUNII AZKURKUM ertinya "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu." Dan diterangkan pula di dalam hadis: MAN ZAKARANII FII NAFSIHII ZAKARTUHUU FII NAFSII ertinya, "Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingatinya pula di dalam hatiKu."

Dalam sebuah hadith qudsi:
“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku.”
(Bukhari)

Orang yang beriman tenteram hati mereka bila berzikir/mengingati pada Allah. Memang benar, bila kita mengingati Allah, Allah akan mengingati kita. Bila kita lupa pada Allah maka Allah akan tinggalkan kita. Seorang ulama berkata kepada muridnya bahawa dia tahu bila Allah ingat padanya dan bila masa Allah tidak ingat padanya. Muridnya kepelikkan, hebatnya tuan gurunya. Lalu dia bertanya, bagaimana. Gurunya mengatakan senang sahaja.., katanya bukankah ayat Allah ada menyebut bahawa bila seseorang itu ingat Allah, Allah akan mengingati dia.

Tidak disangkal lagi, pastinya tiada masalah bila kita ada masalah kita kembali kepada Allah. Biarpun sahabat, kawan, keluarga, boss, tidak mahu mendengar masalah kita. Adukan masalah kita kepada Allah yang sentiasa sedia mendengar. Allah paling hebat memperdengarkan masalah hamba-hambanya. Apa yang lebih penting lagi selain Allah yang cukup tahu masalah kita. Maka kita tidak patut resah, kerana Allah sahaja yang boleh memberi penyelesaian tentang masalah kita.

Statistik yang disebut oleh Menteri Kesihatan di dada akhbar mengatakan masalah orang yang sakit jiwa di Malaysia membimbangkan, tidak lain hari ini berpunca kegagalan mendidik , membentuk dan membangun fizikal manusia sahaja. Ramai hari ini mencari ilmu untuk mengejar sijil, pangkat. Sedangkan solat, akhlak tidak dijadikan asas utama didikan. Tekanan yang diberi oleh ibubapa yang ingin anak skor A, pastinya membuat anak-anak sakit jiwa bila tidak dapat memperolehinya. Terlalu sangat mengejar pandangan manusia dari segi kedudukan, pangkat, sedangkan zohor, asar tidak solat sangat medukacitakan. Bila memandang apa kata orang, dan apa pandangan orang selamanya jiwa tidak akan tenang.

Bila kita lupa Allah, itu yang menyebabkan Allah meninggalkan kita dari rahmatnya. Orang beriman akan mencari Allah sebagai penyelesai masalah. Al-quran sendiri dijamin oleh Allah sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Sesungguhnya sebaik-baik zikir ialah al-Quran.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Surah israa' :82

Bila terlalu banyak dosa yang dibuat Allah tebus dengan dukacita. Pengubatnya taubat. Jika dosa dengan Allah bertaubatlah segera. Bila berdosa dengan manusia, maka minta maaf dan jumpa mereka. Jika tidak hati tidak akan tenang dan tenteram hingga ke saat kematian. Terus menerus akan dalam kedukacitaan. Walau diluar nampak segak dan gelak, azab duka cita di hati pastinya membakar jiwa. Itulah dosa yang dibuat pada anak adam yang memakan dalaman. Azabnya didunia sudah dirasakan.

Sayugialah kita semua kembali kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan. Wallahu a’lam....

Sabtu, 10 Julai 2010

sebaik-baik peringatan


1) Kematian merupakan peringatan yang terbaik. Allah tidak menyatakan bahawa kematian hanya pada orang yang lanjut usia atau yang menderita kesakitan. Hakikatnya, kematian tidak mengira usia, jantina, pangkat dan sebagainya.

2) Menjadi pemangkin untuk terus melakukan kebaikan. Hakikatnya, kita sering melakukan dosa sama ada disedari atau tidak. Andai kita mengira kita telah menggantikannya dengan amal kebaikan, persoalannya adakah amalan kita diterima-Nya? Adakah amalan itu disertai dengan keikhlasan?

3) Mengingatkan diri tentang matlamat utama kehidupan iaitu mardhatillah (keredhaan Allah). Amalan di dunia ini menjadi bekalan di akhirat. Seharusnya kita menyedari bahawa syurga itu mahal dan payah, tetapi mampu untuk dicapai. Berbekal kesedaran ini, kita mampu bergerak dan bertindak ke arah mencapai matlamat itu.

4) Pernah saya mendengar bahawa untuk ke syurga tidak cukup dengan amal kebajikan. Hakikatnya terlalu jauh amalan kita jika hendak dibandingkan dengan para Anbiya' dan sollehin yang terdahulu. Perkara utama yang membantu kita ialah rahmat iaitu kasih sayang Allah kepada kita. Jadi, ingat mati membawa kepada amal baik yang InsyaAllah dipandang Allah sebagai amal soleh.

5) Setiap kematian yang kita dengari dan lihat sebenarnya boleh membantu kita memperbaiki diri. Memanglah tidak seharusnya kita berbicara tentang hal keburukan si mati tetapi pada kejadian itu ada pengajaran yang boleh diambil. Bagaimana orang-orang soleh dimudahkan hal kematiannya, pergi dengan tenang dan mudah diuruskan jenazahnya. Ambillah ia sebagai pengajaran, kerana kematian adalah ilmu yang bermakna buat yang hidup.

Jumaat, 9 Julai 2010

Ya Allah..berikan aku sedikit kesabaran.


kadang2 kita berasa lemah bila diuji. terasa malas nk menghadapi ujian yang yang tuhan berikan pada kita. mengapa semua ni berlaku?xlain kerana tuhan sayang kan kita..diuji dengan sedikit ujian agar kita sentiasa ingat padaNya dalam segala genap kehidupan kita. ujian yang kita hadapi pada hari ini jika dikira baru sdikit berbanding dengan ujian yang telah dilalui oleh para anbiya'.nabi junjungan besar Muhammad SAW sendiri menghadapi ujian yang cukup getir dalam misi dakwah baginda. adakah Allah tidak menyayangi kekasihNya ini?? ujian yang diberikan adalah tanda kasih dan sayang Allah pada kita..jika kita diuji dengan kesakitan jangan la kita cepat mengeluh kerana nabi Allah Ayob A.S menghadapi kesakitan yang cukup dasyat sehingga baginda digambarkan sebagai seorang manusia paling sabar. kerana dengan kesakitan penyakit yang diuji oleh Allah kepada nya sehinggakan Allah mengabadikan kisah nabi Ayob dalam Al-quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

hari ini, sukar untuk kita mencari orang sehebat nabi Ayob A.S.tapi,kita boleh mengambil contoh dan teladan dari kisah baginda dalam kita menghadapi ujian. meskipun terlintasjuga dalam hati kita untuk lari dari ujian dan cubaan yang telah tuhan timpakan pada kita. ujian merupakn tarbiyah dari sang pencipta kepada kita dan sudah menjadi sunnatullah bai mereka yang memperjuangkan agama Allah tidak akan dapat lari sama sekali dari ujian dan dugaan. sejauh makah kita dapat bertahan dengan ujian tuhan itu adalah terserah pada kita yang menerima.Allah sama sekali tidak membebankan kepada kita dengan apa yang tidak mampu kita hadapi.oleh itu sama-samalah kita memperkuatkan diri menghadapi ujian,mehnah dan tribulasi dalam setiap langkah perjuangan lebih-lebih lagi dalam menegakkkan kalimah tauhid. biar nyawa jadi taruhan asal islam terus tegak di bumi Allah ini.

Sabtu, 3 Julai 2010

Bengkoknya tulang iga merupakan keistimewaan wanita


Apakah seorang wanita merasa tidak enak bila disebutkan oleh seseorang, seperti suaminya, bahwa dia diciptakan dari tulang iga yang bengkok?

Apakah dia merasakan bahwa kebengkokan tulang iga yang dia diciptakan oleh Allah berasal darinya akan mendiskreditkan dirinya dan juga mengurangi martabatnya?

Abu Hurairah telah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Saling berpesanlah kalian untuk memperlakukan wanita dengan baik, karena sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang iga, dan sesungguhnya yang paling bengkok dari tulang iga itu adalah bagian atasnya. Jika engkau bersikeras untuk meluruskannya, niscaya engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok. Karenanya, saling berpesanlah berkenaan dengan wanita.” (HR. Bukhari Muslim)

Makna hadist ini tidaklah mengurangi martabat wanita barang sedikit pun dan tidak pula mendiskreditkan eksistensi kemanusiannya. Bahkan makna hadits ini mengingatkan karakter psikologi penting yang telah difitrahkan dalam diri wanita sejak asal mula kejadiannya. Hadits ini melarang upaya untuk mengubah karakter ini melalui sabdanya yang mengatakan: “Jika engkau bersikeras untuk meluruskannya, niscaya engkau akan mematahkannya.”

Permulaan hadits ini dan penghujungnya, kedua-duanya memesankan untuk memperlakukan wanita dengan perlakuan yang baik. Pesan ini justru makin memberikan nilai tambah pada diri objek yang dipesankan dan sekaligus menguatkan penafian kecurigaan adanya kekurangan.

Hal yang bengkok bukanlah suatu kelemahan, demikian pula hal yang lurus pun bukan suatu keistimewaan. Alangkah indahnya ungkapan yang memperumpamakan hakikat ini dengan busur dan anak panah. Seandainya tidak ada kebengkokan pada busur, tentulah anak panah tidak dapat melesat kuat dan lurus ke arah sasaran yang akan dikenainya !

Sesungguhnya semua kata yang menunjukkan makna bengkok dalam bahasa Arab, dalam waktu yang sama menunjukkan pula arti yang mengandung makna PERASAAN. Kata ‘hadabun’ artinya punggungnya melengkung dan juga berarti penyayang. ‘Hanaa’ artinya bengkok dan juga sayang dan kasihan. ‘Athfun artinya berlenggak-lenggok saat berjalan dan sebagainya, dan juga berarti pengasih dan penyayang. Demikianlah seterusnya.

Jadi, dapat disimpulkan bahwa seandainya tidak ada kebengkokan yang juga mengandung arti kelembutan, kasih sayang, dan perasaan dalam diri wanita, niscaya laki-laki tidak dapat bergerak dengan lurus dalam kehidupan sebagai faktor yang menentukan.

Apakah akan berhasil jika kita coba meletakkan busur sebagai ganti dari anak panah pada busur lain untuk kita lepaskan ke arah sasaran? Apakah berhasil jika kita jadikan anak panah yang lurus sbg busur, lalu kita meletakkannya pada anak panah yang lain untuk kita lepaskan ke arah sasaran?

Jawabannya ialah dua anak panah, kedua-duanya tidak akan dapat mengenai sasaran! Demikian juga dua buah busur.

Tidak lain untuk mengenai sasaran hanyalah diperlukan sebuah anak panah dan sebuah busur!

Rabu, 23 Jun 2010

Ibu Bapa Nahkhoda Kehidupan Anak-Anak

"Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil".
Al Baqarah : 67

Al-Quran sering kali di anak tirikan oleh umat islam. Mereka hanya memandang enteng akan kepentingan al-Quran. Al-Quran hanya sekadar hiasan di setiap penjuru rumah.


Kamus bergambar bertukar tangan, tanda penghargaan daripada si bapa sempena lulusnya anak di medan peperiksaan. Kalaulah kamus comel itu digantikan dengan al-Quran yang terjamin akan kesuciannya, sudah tentu mendapat keberkatan daripada Ilahi.


Tapi masa sekarang sudah berubah!. Tika dahulu anak kecil diasuh mengenal huruf-huruf hijaiyah, Muqaddam dihafal setiap kali menjelang maghrib, bagaikan menutup tirai senja.

Teringat cerita semalam, di tangan Tok Guru tersedia rotan yang panjang, gerun kami melihatnya. Kiranya tersalah, maka dirotannya kami. Begitulah peritnya menuntut ilmu yang tiada tandingannya.

Namun kini, cerita semalam hanya tinggal kenangan. Parut dan luka lama menjadi sejarah dalam kamus hidupku.


“Tahun ni Amirul UPSR lah Kak Nah, jadi berhenti sekejap mengaji dan kelas fardhu ain. Senang sikit. Boleh beri tumpuan pada UPSR. Maklumlah, tahun depan katanya nak ke MRSM.”


Sedih bukan! Apabila dunia menjadi keutamaan, akhirat dilengah-lengahkan. Semakin kita mengejar kemewahan, terasa bagaikan nilai keimanan luntur dalam sanubari. Manusia rakus mengejar arus kemodenan yang tidak pasti akan hentinya. Bagi saya itulah kesan kejahilan. Jahil bukan masalah kecil. Tapi sentiasa dikecil-kecilkan. Bagaikan tidak nampak di mata kita.

Apabila si anak tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, maka si ayah dan si ibu akan berasa malu mempunyai anak seperti ini. Sedangkan berapa ramai graduan universiti yang tidak layak bergelar sebagai manusia, jahilkah mereka? Mereka yang hebat dari sudut akademik namun tidak pada agama. Bak kata Saiful Islam yang dipetik dari blognya “...(mafhumnya) kita bukan mahu anak kita menjadi orang agama, tapi cukuplah sekadar orang yang beragama.”

Segala-galanya bermula daripada rumah, teringat akan pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya:


“Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."


Daripada riwayat A-Bukhari dan Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”


Setiap anak yang dilahirkan suci akan sifatnya. Tiada noda-noda dosa, apatah lagi tompok hitam. Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa dalam menzahirkan syariat Islam ke atas seseorang anak. Supaya anak-anak itu menjadi seorang insan yang sempurna akan akhlaknya dan tidak menyekutukan Allah.

dipetik dari:iluvislam.com