Ahad, 29 Ogos 2010

الذهب والفضة


baru2 ni kerajaan negeri kelantan telah pun melancarkan dinar emas dan dirham perak..kenapa tajuk ni pulak aku buh dalam blog aku ni???meh sni nk royak,
dalam al-quran berapa kali Allah sebut pasal emas dan perak ni??aku sendiri pun xtau tapi memang de la kan...kenapa disyariatkan zakat emas dan perak??pe falsafah kegunaan logam paling mahal dalam dunia ni sehinggakan Allah sebut dalam quran???korang de terfikir tak???mari kita kaji kenapa hal ni berlaku dan pe kena mengena dengan pengenalan dinar emas dan dirham perak kerajaan negeri kelantan ni.
secara umum kita tahu bahawa sesiapa saja yang memiliki emas dan perak sudah pasti orang itu seorang yang kaya..eamas digunakan sebagai pengukur nilai mata wang dalam dunia.denag eams juga kita boleh tahu turun naik nilai kewangan..secara umumnya kita merasakan jika memiliki wang yang banyak kita akan kaya,tapi korang tau x korang xboleh simpan wang yang bernilai berjuta2 dalam rumah korang..duit korang yang banyak tu kena buh dalam bank untuk digunakan sebagai rolling dalam pasaran bank.jika korang xsimpan duit dalam bank,duit korang tu lama-lama xlaku la..ini berbeza dengan emas dan perak.walaupun korang simpan bawah bantal sekalipun ia tetap bernilai dan akan tetap bernilai walau korang xguna selama bertahun2 sekalipun.kerana emas ni dijadikan kayu pengukur turun naik nilai kewangan.jadi bila negeri kelantan mengenalkan dinar emas ini adalah bertujuan supaya kita dapat melihat nilai kewangan kita dalam bentuk barangan yang xkan jatuh nilai dan harga pasarannya.ada duit dalam bank 8juta pun belum tentu korang boleh tgk duit tu gedabak depan mata korang.tapi bila eamas dan perak perkara ni memang korang dapat tgk sendiri harga dan nilai emas tu..simpan duit dalam bank hanya dapat tgk di skirn mesin atm je nilai duit korang..duitnya entah kita pun xtau duk mana.kita xdapa kuarkan semua duit kita dalam bank.de limit banyak mana yang boleh kita kuarkan dalam sehari.itu duit jelas kita nampak kekurangannya...antaranya biar aku senaraikan kat sini:-

1.- Dinar Emas dan Dirham Perak bukanlah mata wang yang sah diperlakukan (legal tender). Mata wang yang sah diperlakukan atau paksa laku seperti wang kertas, ialah sejenis pembayaran yang ditawarkan oleh undang-undang di mana penggunaannya tidak boleh ditolak untuk membayar atau melangsaikan hutang. Cek peribadi, kad kredit dan lain-lain kaedah pembayaran yang tidak dilakukan secara tunai, juga bukan mata wang yang sah diperlakukan, hanya nota dan koin Ringgit Malaysia adalah mata wang yang sah diperlakukan. Pengeluaran mata wang yang sah diperlakukan merupakan kuasa eksklusif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berniat ataupun berhasrat untuk mengeluarkan mata wang yang sah diperlakukan kerana ia satu usaha yang hampir mustahil dilakukan dari segi undang-undang.



2. Dinar dan Dirham dikenali dalam fekah sebagai mata wamg Syariah ataupun koin Syariah (sila lihat[a) Muqadimmah, Ibn Khaldun). Istilah koin Shariah adalah khusus kepada Dinar dan Dirham sahaja dan tidak digunakan untuk lain-lain koin samada yang diperbuat daripada emas, perak atau lain-lain bahan. Koin-koin lain semuanya dikenali sebagai koin bukan syarii (ibn Khaldun).



3. Istilah mata wang alternatif atau mata wang pilihan tidak terpakai kepada mata wang Syariah atau koin Shariah kerana istilah “koin Shariah” itu khusus untuk Dinar and Dirham sahaja dan bukanlah alternatif bagi lain-lain mata wang bukan sharii. Kedua-dua koin itu berdiri sendiri tanpa ada sebarang alternatif. Perkataan mata wang altenatif boleh digunakan sekiranya ada penerangan yang jelas terhadap perbezaan asas antara koin Syariah dengan mata wang yang sah diperlakukan seperti Ringgit Malaysia. Ringgit Malaysia mempunyai sebuah konsep perundangan dan fungsi yang berbeza. Ringgit Malaysia tidak berasas kepada kepada sebarang komoditi ,(‘ayn’ dalam Bahasa Arab – maksudnya barangan) seperti Dinar dan Dirham, sebaliknya, Ringgit Malaysia hanyalah nota janji (Bahasa Arab “dayn” bermaksud hutang atau tanggungan) tanpa apa-apa nilai intrinsik (nilainya sebagai ‘ayn/barangan yang mempunyai nilai ialah nilai kertas yang hampir kosong) tetapi mata wang hampa (fiat currency) itu diberi nilai oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Sebaliknya, nilai Dinar dan Dirham bergantung sepenuhnya kepada nilai pasaran komoditi emas dan perak iaitu bahan koin-koin itu diperbuat, sama seperti sekilo beras bergantung kepada nilai beras. Perbezaan ini penting dari segi keagamaan, umpamanya, zakat yang merupakan sesuatu yang wajib di bawah hukum Syarak hendaklah dibayar dengan ‘ayn dan tidak boleh dengan dayn (sila lihat [b] Al-Kasani). Orang Islam hendaklah, sekiranya diberi pilihan (kalau pilihan tidak diberi atau tiada ‘ayn yang boleh diperolehi maka itu darurat, ia suatu keadaan yang luar biasa maka boleh digunakan buat sementara), untuk membayar zakat dengan ‘ayn.



4. Dari segi bahasa, Dinar dan Dirham tidak mempunyai nilai muka tetapi masing-masing memberi makna kepada nilai mengikut berat tertentu. Dinar mempunyai berat khusus 4.25 gram yang juga dikenali sebagai mithqal dalam bahas Arab . Dirham pula mempunyai berat khusus 2.975 gram atau 7/10 mithqal. Bolehlah dikatakan, dari segi perundangan, kedua-duanya adalah seperti 1kg beras. Kedua-dua Dinar dan Dirham adalah komoditi (emas dan perak) yang mempunyai berat tersendiri, yang disebut di dalam al-Quran dan dalam banyak aspek Syariah berkenaan zakat dan lain-lain penghakiman, maka, beratnya tidak boleh diubah.



5. Dalam sejarah, koin-koin Syariah tidak pernah menjadi mata wang yang sah diperlakukan. Dalam amalan masyarakat Islam awal, bukan mata wang Shariah sahaja digunakan sebagai bahan perantaraan pertukaran untuk pembayaran. Barli, buah kurma dan garam juga digunakan sebagai bahan perantaran pertukaran untuk pembayaran dan oleh itu tidak ada hak eksklusif diberi kepada koin-koin Syariah. Amalan sebegini disebabkan adanya “pilihan untuk memilih bahan perantaraan” kerana wang turut dianggap sebagai sebahagian daripada urus niaga yang turut dikawal selia di bawah perintah Al-Quran yang sama yang mengawal selia perdagangan iaitu “tijaratun ‘aan tardim minkum” yang bermaksud berdaganglah dengan persetujuan bersama . Persetujuan bersama mengenepikan ide paksaan ataupun monopoly berkaitan dengan urus niaga (sila lihat [c] Tafsir al-Jalalayn). Ini satu lagi sebab mengapa Dinar dan Dirham bukanlah mata wang yang sah diperlakukan dan tidak pernah menjadi wang sedemikian. Kebebasan memilih bahan perantaraan ialah satu hak asasi yang diberikan Allah kepada orang Islam dan bukan Islam. Penggunaan mata wang Syariah turut membawa maksud ia digunakan juga dengan meluas oleh orang bukan Islam.



6.Istilah “mata wang” biasanya difahami sebagai wang kertas yang sah diperlakukan atau wang hampa yang mempunyai nilai muka. Oleh kerana mata wang Syariah bukanlah mata wang sah diperlakukan dan tidak mempunyai nilai muka , koin Syariah itu lebih mudah difahami sebagai komoditi berbanding mata wang dalam penggunaan biasa istilah itu. Dalam amalan semasa, penggunaan koin Syariah tergolong dalam kategori pertukaran suka sama suka iaitu persetujuan bersama untuk pertukaran produk dan perkhidmatan. Sememangnya boleh dipertikaikan bahawa pada masa dahulu sebelum wujudnya perundangan mengenai matawang yang sah diperlakukan, urus niaga yang menggunakan emas dan perak merupakan urus niaga yang biasa dan istilah “tukar barang” sesuai utuk semua urus niaga juga. Oleh itu penggunaan istilah ”mata wang Syariah” hendaklah difahami seperti apa yang telah diperjelaskan di atas dan juga mengira pertimbangan amalan mengikut sejarah orang Islam kerana ia amat berkait rapat dengan hal-hal perundangan Islam.



7. Tidak lama dahulu dalam sejarah, mata wang kertas didefinasikan sebagai nota janji bersandarkan emas dan perak . Maka mereka sebenarnya memegang satu amanah (mempercayai seseorang itu untuk menjaga harta benda kita sehingga kita menuntutnya balik) dan bertanggungjawab untuk memulangkannya atau membayar balik sejumlah emas atau perak apabila dituntut. Kita tahu daripada sejarah bahawa tanggungjawab itu biasanya tidak ditunaikan dan akhirnya kerajaan dunia memutuskan secara berperingkat-peringkat untuk mengenepikan terus tanggungjawab tersebut. Kes yang paling mudah dibuat contoh ialah dollar Amerika Syarikat apabila negara itu membuat keputusan bersendirian untuk membatalkan Perjanjian Bretton Woods. Konsep pecah amanah ini diketahui di dalam al-Qur’an dan membawa bersamanya kesan perundangan iaitu larangan menberi amanah kepada orang bukan Islam kecuali mereka berada di bawah pemerintahan orang Islam supaya mereka kelak akan menunaikan tanggungawjab kontrak mereka itu (sila lihat [d] Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi). Perintah ini, dalam teori memberi maksud larangan untuk menerima pound British , dollar Amerika Syarikat dan lain-lain (atau apa sahaja mata wang yang menggunakan mata wang-mata wang ini sebagai sandaran), telah lama dihapuskan sejak zaman penjajahan oleh undang-undang baru yang menganggap larangan itu tidak lagi terpakai. Di bawah inspirasi sistem perundangan penjajah, undang-undang perlembagaan semua negara Islam termasuk Malaysia memberi hak untuk menerima nota janji negara asing, daripada negara bukan Islam (umpamanya, USD) kepada Bank Negara masing-masing sebagai rezab nilai untuk mata wang hampa mereka sendiri. Disebabkan ini, ramai orang Islam ( termasuk bukan Islam) masih lagi beranggapan bahawa wang hampa mereka itu masih mempunyai sandaran emas atau perak sedangkan pada hakikatnya tiada mata wang di dunia ini yang bersandarkan emas mahupun perak. Dinar emas dan Dirham perak ialah komoditi (‘ayn), maka kedua-dua koin itu bukanlah amanah sesiapa. Apabila kita berurus niaga, kita menyerahkan sedikit emas atau perak dan tidak memerlukan sandaran apa-apa bahan lain mahupun memohon keizinan pihak berkuasa selain daripada dirinya sendiri. Ini satu lagi sebab mengapa mata wang Syariah tidak boleh dibandingkan atau dipertimbangkan sebagai alternatif kepada “mata wang kertas”.



8. Ramai yang terkeliru dengan konsep sah diperlakukan. Koin dan nota bank tidak memerlukan izin untuk menjadi “sah diperlakukan” sebagai wang untuk berjual beli atau melaksanakan lain-lain urusan di mana wang berperanan digunakan . Apa yang pasti ialah wang yang sah diperlakukan mestilah diterima untuk membayar hutang wang . Sebagai contoh, Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat tidak menghadkan perniagaan swasta, individu atau pertubuhan menerima atau menolak bentuk pembayaran kepada mereka. Sebab itulah, peniaga bebas untuk menentukan bentuk pembayaran, sebagai contoh, menggunakan kad kredit, atau untuk menolak menerima nota bank yang pecahannya besar . Di Kanada sebagai contoh, hanya nota bank yanag dikeluarkan oleh Bank Canada sah diperlakukan, bagaimanapun, urus niaga komersil secara sah di sisi undang-undang boleh diselesaikan dalam apa cara sekalipun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Jumlah urus niaga Kanada yang agak besar dibayar dalam dollar Amerika Syarikat walaupun dollar Amerika Syarikat bukanlah mata wang yang sah diperlakukan di Kanada. Status wang yang sah diperlakukan boleh diketepikan kecuali seseorang itu berada dalam keadaan berhutang maka sebab itu, mesin menukar wang ataupun pekerja pengangkutan tidak perlu menerima wang pecahan besar nota bank untuk tambang bas atau pun untuk sekeping coklat dan pekedai pun boleh menolak daripada menerima nota bank. Walaubagaimanapun, restoran yang memungut wang hanya selepas hidangan makanan selesai (satu kedudukan di mana hutang telah tercipta) terpaksa menerima apa saja wang yang sah diperlakukan. Hak seorang peniaga untuk menolak menjalankan urus niaga dengan sesiapa sahaja membawa maksud bahawa seorang pembeli itu tidak boleh menuntut melakukan satu pembelian, maka mengisytiharkan sesuatu mata wang itu sah diperlakukan untuk tujuan selain daripada membayar hutang merupakan satu tindakan lewah.



9.Penempaan Dinar dan Dirham merupakan satu amalan orang Islam sejak daripada awal Islam lagi. Koin bertarikh pertama orang Islam ialah Dirham perak Sasanian Yezdigird III, yang ditempa semasa Khalifah Uthman radiallahu anhu. Koin-koin ini berbeza daripada yang asal kerana terdapat tulisan bahasa Arab pada bahagian muka koin itu, biasanya “dengan nama Allah”. Sejak itu tulisan dalam bahasa Arab dengan nama Allah dan juga sebahagian daripada ayat Qur’an di atas koin-koin itu menjadi ikutan semua koin yang ditempa oleh orang Islam. Pada tahun 75H (695M) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Haddjadj untuk menempa dirham yang pertama dan secara rasminya mengikut Piawaian Umar Al-Khattab radialluhu anhu: 7/10 mithqal. Pada tahun berikutnya, beliau memerintahkan dirham ditempa di semua wilayah Dar al-Islam. Beliau memerintahkan koin-koin itu ditempa dengan ayat “Allahu Ahad Allahu Samad”. Penempaan koin Syariah dianggap satu tanggungjawab Sultan yang mesti diikuti (sila lihat [e] al-Qurtubi).

kita sambung sikit lagi

kalau dahulu Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan yang dialami terhadap ekonomi mereka juga menyebabkan ia turut menjangkiti negara-negara lain di dunia.

Tiada lagi detik sejarah kegemilangan Amerika sehingga mereka berani angkat muka tanda bangga, merekalah jaguh ekonomi dunia semasa era Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 sehingga mereka berjaya menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara masing-masing kepada dolar AS di mana mereka memberikan jaminan bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Apabila berlakunya ketidaktentuan turun naik nilai mata wang, ia telah menyebabkan spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan. Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai. Nampak kelebihan memiliki dinar emas?


Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara dilanda krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

* Kadang kami jadi pelik apabila sebagai sebuah negara Islam tetapi kewangan tidak ISLAM
* Kadang-kadang kami bertambah pelik apabila kita memang ada kewangan Islam, bunyi macam Islamic tetapi fungsi sama sahaja dengan konvensional

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai :

“sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”.

Oleh yang demikian, manusia sepatutnya mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya. Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.


Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia sudah buka mata sehingga mereka menyeru menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang? Dinar emas menag tiada riba dalam Islam.

Yang paling kami BIMBANG ketika ini di mana rezab BNM lebih tertumpu kepada rezab wang asing khususnya dolar amerika iaitu sebanyak 87.65Billion berbanding keseluruhan rezab matawang asing iaitu 87.7 Billion. Dollar US tiada apa-apa nilai yang sebenar. Yang sedihnya rezab emas negara hanya 0.4% sahaja. Apa-apa yang berlaku terhadap dollar Amerikan US$, kita hanya mempunyai selonggok wang kertas dollar dan sijil bond US yang layak dijadikan kertas kitar semula sahaja.

* Total Gross International Reserves - 95.0
* Foreign Currency Reserves - 85.1
* IMF Reserve Position - 0.4
* SDRs - 2.0
* Gold - 1.5
* Other Reserve Assets - 6.0

SUMBER : BNM

Kami sangat sarankan beli dinar emas, gold bar contohnya sebagai pelaburan jangka panjang. Dalam al-Quran sendiri ada tekankan di mana suatu hari emas itu akan menjadi suatu nilai yang sangat berharga. Nah…..al-Quran sudah memberikan gambaran awal tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Wang yang kita guna pada masa sekarang merupakan hasil ciptaan kapitalis. Mereka sendiri pun meramalkan pada suatu hari nanti nilai mata wang akan susut sehingga tidak bernilai lagi. Kita nak tunggu bila lagi baru nak bertindak?

* Apabila bila kita melakukan sesuatu dan musuh kita marah terhadap apa yang kita lakukan, ini bermakna apa yang kita buat adalah betul dan tepat.
* Jika kita melakukan sesuatu dan musuh kita senyap, maka ertinya kita telah sama setaraf dengan musuh kita kerana itu musuh kita tidak marah !
* Dan bertambah pelik apabila kita membuat kerja dan meniru apa yang musuh kita lakukan. Macam mana tu? Renung-tenungkanlah…….

Zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir sendiri pun mengalakkan penggunaan dinar emas. Jadi langkah kerajaan negeri Kelantan sebenar tak salah malahan patut dipuji dan dicontohi.. Tak semua langkah-langkah kerajaan pembangkang itu adalah pembaziran cuma sesetengah kelompok yang suka melagakan bangsanya sendiri atas dasar politik semata.

* 1/2 Dinar :: RM 293
* 1 Dinar :: RM 586
* 2 Dinar :: RM 1 172
* 5 Dinar :: RM 2 930
* 8 Dinar :: RM 4 688
* 1 Dirham :: RM 13
* 2 Dirham :: RM 26
* 5 Dirham :: RM 65
* 10 Dirham :: RM 130
* 20 Dirham :: RM 260

Dalam usaha untuk mengelakkan manusia khususnya umat Islam terus daripada ditipu dan dizalimi oleh sistem matawang kapitalisme banyak lagi usaha yang diperlukan untuk menyempurnakan sistem matawang Islam. Semua perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menyokong sistem matawang Islam. Yang pastinya pembeli mesti memastikan pasti dinar emas atau dirham perak yang dibeli adalah dari kedai yang berdaftar, bukan dari individu atau apa persatuan lain. Seperkara lagi, bukan senang nak buat dinar emas tiruan sebab standard berat coin asli sangat beza dengan berat syiling palsu disebabkan komposisi logam yang ada di dalamnya.


Kalau kira soal pemalsuan pula, kita tidak boleh daripada menerima hakikat selagi ada teknologi dan perangai tamak manusia, selagi itu tak boleh lari dari gejala pemalsuan. Hatta duit kertas pun banyak yang telah dipalsukan. Bukan sikit sikit, setiap tahun berbillion billion dipalsukan. Duit yang dinilaikan juga boleh ditipu dengan pemberian berjuta-juta kepada syarikat kerajaan tanpa ada wujud duit nyata. Hanya angka dalam bank sahaja. (Amerika tengah buat sekarang ini )

Kalau nak simpan dinar emas atau dirham perak ini untuk mengelakkan risiko kecurian yang lebih rendah, boleh simpan di menara bank kerana bangunan seperti ini tidak berkongsi dengan perniagaan atau syarikat lain. Kebiasaannya mereka akan letakkan di bawah tanah. Harga sewanya untuk tempoh setahun sekitar RM115 setahun. Kalau simpan di cawangan bank yang terletak sebelah -menyebelah dengan kedai lain pun boleh, tetapi anda kerana sentiasa bersedia dengan risiko dinding bank ditebuk daripada dinding sebelah.

P/S : Apa apa pun kami penggunaan dinar emas dan dirham perak. Satu permulaan yang baik……

PP/S : Cuba bandingkan wang kertas dengan dinar emas merujuk kepada gambar di atas sekali, mana yang masih lagi bernilai walaupun sudah mengalami kerosakan….?mungkin kali ni tulisan aku lebih pada akademik sikt la...tapi bukan semua yang de kat atas 2 aku tulis...de juga petikan dari orang2 yang memang arif akan hal dinar dan dirham ni...waallah'alam.