Ahad, 27 Oktober 2013

Setelah sekian lame rasenye blog ni xdipedulikn..tbe2 tpnggil nk mnulis mlm ni..actually,aku sndri xtau pe yg ak nk tulis..mklumla dh lme sgt xmnulis..sdr xsdr dh 1thun lbih fmily ak pndh dei kmaman..menetapla aku skrg di negeri perak ni..setelah hmpir 7thun ak dinegeri terengganu..segala kenangan dgn member2 ttp akn kkl dlm ingatan smpai ble2..smpai sat ni ak rase trggnu mmg best dlm lipatan sjrh khdpn ak yg mmg slalu pndh2 tmpt ni..mklumla bapak ak polis...dlm 7thun tu hmpir 4thun berenang dlm lautan ilmu dibumi kelantan..dan Alhamdulillah segalanya sdh selesai dgn segenggam diploma syariah yg xdela sebaik n secemerlang org lain.namun ak bsyukur dgn sdikit ilmu yg tuhan berikan inilah ak memandu khidupan ak skrg..berenang dlm lautan mnusia yg bermacam2 kerenah n perangai kdg2 menggoyahkn keimanan kita..tamat je blajar di kias ak skrg bkerja smbilan kt kedai letrik..baru mu rase guane ssh cri pitih..em,sume tu rzeki Allah kpd ak..ok la.smpai sni je kot..mls nk citer pnjg..ala kulli hal barakallahu lakum...assalamualaikum.

Jumaat, 24 Februari 2012

apa kamu suka pada dunia??

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian/bau-bauan yang harum

2- Isteri/perempuan yang solehah

3- Ketenangan semasa solat

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah

2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah

3- Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah

Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran

2- Menyuruh kepada kebaikan

3- Berpakaian sederhana

Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar

2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian

3- Membaca Al-Quran

Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu

2- Berpuasa di musin panas

3- Berperang pada jalan Allah

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.

2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.

3- Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”

1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku

2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku

3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….

Isnin, 13 Februari 2012

sejarah dan hukum sambut valentine day.

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih (ak xde rase mcm 2 pon). Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
WAALLAHUALAM....

Selasa, 10 Januari 2012

BUAT MU TEMAN...~_-

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah...

Sekiranya sahabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya sahabat2 ku ini adalah sahabat2 yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya sahabar2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan

Sekiranya sahabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya.. sahabat2 ku ini sahabat yang dirahmati oleh Mu maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya sahabat2 ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya sahabat2 ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya sahabat2 ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya sahabat2 ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hamba

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu


Ya Allah...

sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..


Ya Allah...

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku yang disenangi sahabat2

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi hamba yg soleh

Hanya padaMu


Ya Allah...

Ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi SAHABAT yang dirahmati SAHABAT yang dikasihi SAHABAT yang soleh SAHABAT yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Isnin, 9 Januari 2012

sifat-sifat anjing yg wajar diteladani

Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama :Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua :Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima :Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannyasekalipun dipukul dan dimarah.Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripadatempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh :Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasamarah atau berdendam.Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang.Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Selasa, 15 November 2011

jom bace belanjawan pakatan rakyat....sori masuk politik sket kali ni...

RINGKASAN BELANJAWAN 2012 oleh PAKATAN RAKYAT
KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA
Belanjawan Kesejahteraan 2012 yang diluncurkan Pakatan Rakyat merupakan suatu permuafakatan merangka masa depan baru bagi Malaysia selari dengan pengikraran Agenda Bersama Disember 2009 dan Buku Jingga, Disember 2010. Kesejahteraan Untuk Semua hanya boleh dicapai dengan iltizam politik untuk membawa reformasi secara menyeluruh terhadap institusi-institusi negara dengan berpandukan prinsip ketelusan dan tata kelola yang baik. Kepelbagaian Malaysia adalah kekuatan kita. Pertumbuhan ekonomi kita bergantung kepada muafakat rakyat tanpa mengira jantina, kaum dan agama. Potensi rakyat boleh disemarakkan melalui sebuah belanjawan yang prihatin kepada kaum hawa dan berpaksikan agenda untuk mengembalikan maruah rakyat biasa yang kini bergelumang dengan segala keperitan hidup. Belanjawan Kesejahteraan 2012 mengambil kira keperluan mendesak membantu rakyat mengharungi arus kenaikan harga barang. Seluruh tumpuan diberikan untuk menjamin agar pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati oleh semua golongan melalui dasar dan kerangka yang menekankan peningkatan pendapatan 60 peratus isi rumah di Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.

Pengenalan gaji minima, pengurangan jumlah pekerja asing tidak terlatih, tumpuan untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti secara bersepadu akan memberi faedah kepada tenaga kerja rakyat tempatan. Perhatian khusus adalah untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja agar gaji, kemahiran dan produktiviti juga dapat ditingkatkan. Penambahbaikan keupayaan pengangkutan awam, penyediaan perumahan awam dan penjagaan kesihatan yang memuaskan akan meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat. Pendapatan boleh guna yang tinggi akan mengukuhkan perbelanjaan dalam negara dan menjadi strategi ekonomi yang lunak untuk mendindingi negara dalam persekitaran ekonomi global yang semakin tidak stabil. Monopoli dan oligopoli yang dipecahkan akan meningkatkan persaingan serta membantu ahli perniagaan Malaysia dengan mengurangkan kos operasi dan perniagaan. Persaingan akan meredakan tekanan inflasi dengan memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat.

NEGARA KAYA, RAKYAT MISKIN?
Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber. Malangnya, lambakan kekayaan hasil dari sumber alam semula jadi tidak diagihkan dengan baik kepada rakyat Malaysia. Hasil kekayaan negara dipusatkan di kalangan beberapa kerat golongan elit berkepentingan hingga mewujudkan golongan mahakaya (super rich) di Malaysia. Pada masa ini, rakyat tidak menikmati pendapatan yang berpadanan dengan hasil kekayaan negara dan tekanan kos sara hidup. Kumpulan terbawah meliputi 40% dari jumlah isi rumah di seluruh negara hanya menikmati pendapatan purata RM1,500 sebulan, manakala kumpulan pertengahan 40% peratus seterusnya hanya menikmati pendapatan purata RM3,500 sebulan. Secara keseluruhan, 80% isi rumah keluarga di Malaysia hanya menikmati pendapatan purata RM2,500 sebulan.

Di sebalik pelbagai kemajuan fizikal yang dilihat di Malaysia, 70% rakyat Malaysia hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai kelayakan tertinggi. Lebih satu pertiga dari tenaga kerja rakyat Malaysia mencari rezeki dalam sektor tidak rasmi seperti menjaja, bekerja sendiri, buruh dan lain-lain. Maka tidak hairanlah jurang di antara yang miskin dan kaya di Malaysia adalah sangat tinggi bila mana kumpulan rakyat yang berada di bawah seramai 40% hanya menikmati 15% kekayaan negara, berbanding kumpulan 20 peratus terkaya yang menikmati sehingga 49% kekayaan negara. Dek kegilaan pemerintah yang mengutamakan kekayaan dan kepentingan sekumpulan individu sahaja, dasar-dasar ekonomi Malaysia di bawah Barisan Nasional adalah ketinggalan zaman hingga memerangkap Malaysia dalam kelembapan ekonomi yang dialami sekarang. Realiti ekonomi rakyat Malaysia adalah dikelilingi:
i. ketidakupayaan sekumpulan besar rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup
ii. jumlah pengangguran di kalangan graduan tempatan yang tinggi sedangkan pada yang sama majikan merungut mengenai kekurangan tenaga kerja mahir dan berbakat
iii. laungan Barisan Nasional untuk memotong subsidi kerana perbelanjaan subsidi telah melambung naik 10 kali ganda
iv. pelaburan tempatan dan asing yang berkurangan menyebabkan Malaysia satu-satunya negara di ASEAN yang mengalami pengaliran keluar pelaburan asing (FDI) kasar Kelemahan-kelemahan dalaman akibat kepincangan pentadbiran ini dirumitkan lagi oleh suasana ekonomi global yang terus tidak menentu. Keupayaan Amerika Syarikat dan Eropah untuk menjana pertumbuhan adalah terhad menjadikan pendekatan mengeksport ke negara-negara Barat bukan lagi jaminan pertumbuhan ekonomi untuk Asia. Malaysia perlu mencari jalan baru untuk berdikari dengan pasaran-pasaran baru dan dalam negara yang memberikan kelebihan daya saing kepada kita.

BELANJAWAN KESEJAHTERAAN 2012
Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 menekankan pemerkasaan, mewujudkan peluang ekonomi dan mengembalikan maruah kepada seluruh rakyat Malaysia dengan berteraskan kerangka kewangan dan jaringan perlindungan yang mampan. Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 menumpukan usaha untuk membangunkan rakyat Malaysia, bukannya projek mega. Ia bukan untuk kroni dan mereka yang berkepentingan tetapi demi memperkukuhkan daya keusahawanan, produktiviti dan budaya kerja yang baik.

PERBELANJAAN BERHEMAH
Pakatan Rakyat akan memperuntukkan sejumlah RM220 billion untuk Belanjawan 2012 dan akan memastikan dana tersebut dibelanjakan secara berhemah, bertanggungjawab dan berkesan. Defisit akan dikurangkan kepada 4.4% dari KDNK berbanding 6% yang diunjurkan bagi tahun 2011. Pengurang defisit ini bersamaan dengan penjimatan wang rakyat ssebanyak RM 14 billion. Pendapatan negara boleh ditingkatkan tanpa membebankan rakyat dengan memastikan konsesi kerajaan dan permit tidak disalahguna dan dihargakan dengan betul. Sebagai contoh, kita akan memperolehi pendapatan tambahan sekitar RM1.2 billion melelong Permit Import (AP) kepada pembida tertinggi.

Langkah-langkah khusus akan dilaksanakan untuk memastikan dana dibelanjakan secara berhemah dengan memastikan tiadanya ketirisan, pembaziran dan ketidakcekapan. Kita yakin ini akan membawa 20% nilai tambah bagi setiap satu ringgit wang rakyat yang dibelanjakan. Sebagai contoh, Pakatan Rakyat mampu untuk memperuntukkan RM 4.4 billion untuk: i. Memperkukuhkan peningkatan mutu pendidikan dengan mengotakan janji di dalam Buku Jingga melalui pembayaran elaun khas pendidik sebanyak RM 500 sebulan ii. Memperkenalkan dan menguatkuasakan gaji minima sebanyak RM1,100 sebulan yang akan memberi keuntungan serta merta kepada 300,000 penjawat awam, seterusnya turut melonjakkan penjawat awam yang lain melalui pelarasan skala gaji penjawat awam Pun begitu, demi menjamin kelangsungan Petronas untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa, satu formula dividen yang munasabah akan menggantikan amalan sekarang yang menyedut hasil kekayaan negara tanpa had melalui desakan dividen yang besar jumlahnya dari Petronas setiap tahun. Sungguh pun harga petroleum dijangka kekal tinggi dan keuntungan Petronas dalam tahun 2012 adalah berganda, dividen untuk 2012 dihadkan kepada RM 26 billion, lebih rendah berbanding jumlah yang diambil Barisan Nasional dalam tahun 2011 berjumlah RM 30 billion.

MENINGKATAN PENDAPATAN
Pakatan Rakyat akan mengutamakan inisiatif polisi untuk meningkatkan tahap pendapatan keluarga dan kemahiran tenaga kerja. Gaji pekerja Malaysia adalah rendah. Kumpulan terbawah meliputi 40% isi rumah hanya menikmati pendapatan purata RM1,500 sebulan dan gaji yang rendah ini menyebabkan:
i. Kecenderongan untuk bergantung kepada pekerja asing yang sanggup melakukan kerja-kerja tidak terlatih pada kadar upah yang cukup rendah
ii. Kekurangan tenaga kerja terlatih
iii. Syarikat swasta kekurangan tenaga kerja terlatih dan berbakat untuk meningkatkan produktiviti Walaupun Pakatan Rakyat menyokong asas bahawa tahap gaji dan bayaran upah berhubung kait dengan kadar produktiviti, hakikatnya mekanisme penetapan gaji sedia ada tidak berfungsi sehingga menghasilkan herotan dalam pasaran tenaga kerja.
Oleh itu, Pakatan Rakyat mencadangkan:
i. Dasar gaji minima dikuatkuasakan mengikut undang-undang untuk memastikan semua pekerja di peringkat terendah mendapat gaji yang berpadanan dengan keperluan asas untuk hidup dan secara langsung melonjakkan gaji pekerja-pekerja lain melalui pelarasan tangga gaji
ii. Peruntukan RM2 bilion sebagai Tabung Pemudahan (Facilitation Fund) untuk membantu usahawan, pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dan firma-firma kecil untuk memperbaharui peralatan, menjentera dan merubah operasi mereka untuk mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru bergaji tinggi
iii. Peruntukan tambahan RM 1.6 bilion akan disalurkan untuk memperluas dan menambahbaik sistem latihan teknikal dan vokasional untuk mempertingkatkan kemahiran tenaga kerja iv. 10,000 orang guru akan dilatih dan RM200 juta akan diperuntukkan untuk mengatasi kekurangan guru-guru bahasa Cina, Inggeris, Tamil dan guru-guru agama dan tambahan RM200 juta akan diberikan dengan untuk membaiki bangunan-bangunan sekolah terutamanya SRJK (C), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan SRJK (T).

MENAMATKAN MONOPOLI
Pakatan Rakyat akan merintis era baru ekonomi rakyat dengan melaksanakan reformasi dasar-dasar dan peraturan-peraturan sedia ada untuk mengurangkan kos sara hidup, menggalakkan usahawan kecil dan sederhana (IKS) serta meningkatkan pelaburan. Dasar tender terbuka untuk perolehan kerajaan yang memberi ganjaran kepada mereka yang berkebolehan, bukannya kroni dan kaum kerabat orang berkepentingan. Ini akan diadakan selari dengan pengenalan langkah-langkah sokongan bagi membantu golongan Melayu/Bumiputra dan kumpulan lain yang layak menerima sokongan ekonomi. Langkah-langkah sokongan yang dirangka akan berteraskan objektif untuk menambah daya saing usahawan baru Melayu/Bumiputra dan kumpulan sasaran lain melalui pendidikan, latihan dan bantuan kewangan. Satu Akta Kontrak Awam Tidak Adil akan digubal untuk mengkaji semula konsesi-konsesi dan perjanjian-perjanjian yang dikenalpasti sebagai tidak adil dan bertentangan dengan kepentingan umum. Pakatan Rakyat juga akan mengembalikan kemuliaan perkhidmatan melalui peningkatan profesionalisme dan memberi ruang memainkan semula peranan terpenting dalam pentadbiran negara, agar penjawat awam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, tanpa mengira pangkat dan darjat. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dibebaskan dari gangguan politik dan dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan keutamaan perniagaan. Di masa hadapan, sasaran Pakatan Rakyat adalah untuk menyaksikan kemunculan gergasi GLC yang cemerlang dalam bidang masing-masing dan hanya GLC dalam sektor strategik sahaja akan dikekalkan.

Akta Persaingan 2010 akan diperluaskan kepada semua sektor ekonomi termasulah syarikat telekomunikasi, perkhidmatan televisyen berbayar dan sektor tenaga yang paling banyak menyaksikan herotan harga akibat monopoli. Monopoli-monopoli berikut yang menghakis pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dan mengakibatkan kos perniagaan yang tinggi akan distruktur semula dalam tahun 2012: i. Memansuhkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) untuk mengimport beras. Sebaliknya, lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif, terbuka dan telus ii. Telekom Malaysia (TM) akan diarahkan merombak model infrastruktur perkhidmatan internet jalur lebar untuk menggalakkan penyertaan penyedia perkhidmatan internet jalur lebar yang baru; seterusnya mengurangkan kos dan melonjakkan kadar penembusan internet jalur lebar melalui persaingan yang lebih dinamik iii. Kartel syarikat telekomunikasi akan dihapuskan iv. Kartel akhbar dan media akan dihapuskan v. Kartel perkhidmatan penerbangan akan dihapuskan vi. Monopoli Astro ke atas perkhidmatan televisyen satelit siar terus berbayar akan dihapuskan vii. Lesen teksi akan diberi terus kepada para pemandu teksi

MEMPERTAHAN MARTABAT DI WAKTU SUSAH
Pakatan Rakyat peka dan prihatin dengan kesusahan rakyat yang bergelumang dengan kemelut kenaikan harga barang. Sebelum dasar-dasar jangka sederhana dan panjang bertujuan mengubah struktur gaji dan ekonomi rakyat berkesan, keperluan mendesak membantu rakyat dalam suasana ekonomi yang perit perlu diberi perhatian.Oleh yang demikian, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan untuk membantu rakyat dalam tahun 2012:
i. Bonus RM1,000 setahun bagi setiap warga emas di Malaysia yang layak (berumur 60 tahun ke atas, pendapatan tahunan kurang dari RM18,000) melibatkan peruntukan RM1.7 bilion setahun
ii. Bayaran RM1,000 dalam tahun 2012 untuk suri rumah yang layak (pendapatan isi rumah kurang dari RM18,000 setahun dan sekurang-kurangnya mempunyai seorang anak di bawah umur 18 tahun) melibatkan peruntukan RM2 bilion setahun
iii. Menambah pendapatan isi rumah golongan miskin tegarkepada RM550 sebulan dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial dengan menyelaraskan bayaran kebajikan terus yang dikelolakan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM550 sebulan
iv. Elaun RM1,000 setahun bagi penjagaan anak berumur 12 tahun ke bawah bagi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak bertauliah melalui penyediaan pinjaman khas dan insentif cukai kepada pengusaha pusat dan majikan, bertujuan menggalakkan lebih ramai kaum wanita menyertai tenaga kerja dan meningkatkan peratusan penyertaan golongan wanita kepada 55% berbanding 46%.
Subsidi yang diperuntukkan untuk mengawal harga-harga barangan dan perkhidmatan akan dikekalkan pada jumlah RM22 bilion dalam tahun 2012 untuk mengekang kenaikan harga barangan keperluan. Dasar-dasar bersabit subsidi dan harga kawalan petrol akan dirombak seperti berikut:
i. Subsidi kepada badan-badan dan syarikat yang bersifat monopolistik akan dihentikan
ii. Subsidi-subsidi umum akan distruktur semula untuk memastikan ia sampai terus kepada kumpulan-kumpulan sasaran yang memerlukan

MENGURANGKAN JURANG BANDAR-DESA
Pakatan Rakyat akan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang menetap di desa. Pembangunan serantau dan luar bandar akan digalakkan melalui desentralisasi pentadbiran. Monopoli import beras yang dipegang BERNAS akan dihapuskan. Lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif dan terbuka. Subsidi akan diberi terus kepada para petani melalui institusi-institusi pertanian. RM 100 juta akan diperuntukkan kepada peniaga-peniaga kecil untuk mempertingkatkan tahap kebersihan dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.

MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN
Pakatan Rakyat akan meningkatkan kualiti kehidupan yang lebih baik buat semua rakyat Malaysia. Pasukan polis akan difokuskan semula kepada tugas utama mencegah jenayah dan meningkatkan keselamatan awam. Dasar "Bina dan Jual" ("Build then Sell") untuk projek perumahan kos rendah-sederhana akan dikuatkuasakan demi menjamin kepentingan pengguna. Peruntukan kos perumahan awam akan dinaikkan kepada RM1 bilion. Dasar Pengangkutan Nasional akan diperkenalkan untuk memberi keutamaan kepada pengangkutan awam berasaskan prinsip "sistem pengakutan menggerakkan rakyat, bukan menambah kereta di jalanraya". Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

(SPAD) akan dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pengangkutan. Peningkatan penggunaan teknologi hijau untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih baik, cekap dan mendatangkan kebaikan kepada rakyat melalui penjimatan kos kemudahan awam asas dan lain-lain perbelanjaan isi rumah dan industri.
REFORMASI POLITIK Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan amalan demokrasi berparlimen dan Persekutuan. Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan prinsip dan pelaksanaan sistem persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan memberi perkongsian sumber yang lebih adil dengan negeri-negeri. Pakatan Rakyat juga akan memperkenalkan refomasi-reformasi berikut:
i. Memansuhkan semua perintah darurat dan menghapuskan semua undang-undang yang membabitkan penahanan tanpa bicara seperti yang terkandung di dalam Akta Pemansuhan Darurat yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat pada sesi Parlimen Mac 2011
ii. Menstrukturkan semula Biro Pengaduan Awam menjadi sebuah institusi Ombudsman iii. Meletakkan beberapa institusi awam utama seperti Jabatan Audit Negara, Jabatan Perangkaan, Suruhanjaya Pelantikan Hakim, Suruhanjaya, Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan institusi Obudsman dibawah bidang kuasa Parlimen
iv. Pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan penubuhan Majlis Media yang bebas untuk beralih kepada amalan kawalan sendiri oleh pengamal media
v. Memulihkan autonomi dan kebebasan ahli-ahli akademik universiti- univesiti di Malaysia dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 serta membebaskan pelajar-pelajar daripadan cengkaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Kepimpinan universiti-universiti awam akan dipilih secara demokratik dan berdasarkan merit
vi. Memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat di setiap peringkat kerajaan dengan dilengkapkan infrastruktur yang diperlukan untuk memastikan akses kepada maklumat berkepentingan awam, selain dari perkara-perkara yang benar-benar berkait dengan keselamatan negara Pakatan Rakyat berjanji untuk memperkukuhkan Parlimen sebagai sebuah institusi dan menolak amalan Perdana Menteri yang mentadbir bak seorang raja dan diktator:
i. RM 10 bilion dari belanjawan Perdana Menteri yang selama ini digunakan dengan wewenang untuk memberi projek akan disalurkan kepada Kementerian-Kementerian berkenaan
ii. Cadangan-cadangan perbelanjaan akan diteliti dengan rapi di peringkat jawatankuasa parlimen. Sebagai langkah pertama, tujuh Jawatankuasa Belanjawan Parlimen akan ditubuhkan untuk meneliti belanjawan-belanjawan kementerian lalu membolehkan debat dan penilaian yang lebih berkualiti
iii. Ahli-ahli jawatankuasa dan Ahli-ahli Parlimen akan diberi peruntukan untuk menggaji pembantu penyelidik parlimen demi meningkatkan keberkesanan kajian belanjawan serta meneliti pelaksanaan dan hasil daripada perbelanjaan kerajaan

ANAK MUDA MENDEPANI PERUBAHAN
Satu kajian semula dan siasatan yang menyeluruh ke atas perbelanjaan dan struktur kurikulum Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dibuat dengan tujuan menggantikannya dengan program-program luar kurikulum atau program komuniti
yang lebih bermanfaat dan membina kemahiran peribadi. RM747 juta yang diperuntukkan kepada PLKN tahun lepas akan disalurkan kepada inisiatif terbaru ini. Sejumlah RM100 juta akan diperuntukkan kepada program Pilihan Anak Muda yang memberi peluang kepada anak muda Malaysia berumur bawah 30 tahun menjalankan projek-projek dan program-program pilihan mereka yang bersifat awam dan membawa kebaikan melalui sistem undian. RM50 juta akan diperuntukkan kepada sebuah dana khas untuk meningkatkan penglibatan anak muda dalam aktiviti-aktiviti berdasar kreativiti dan mewujudkan lebih banyak ruang riadah dan rekreasi khusus untuk anak muda.

KESEJAHTERAAN RAKYAT, KESEJAHTERAAN BERSAMA
Pakatan Rakyat tidak mungkin akan berjaya melaksanakan dasar-dasar yang mustahak dan bakal merubah wajah negara ini dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan. Rakyat Malaysia, sebagai majikan, pekerja, suri rumah, pengasuh, mahasiswa dan sebagai warga negara wajar memainkan peranan secara individu dan kolektif untuk menjayakan agenda yang berani ini demi menuju masa depan yang lebih cerah buat semua.

erm....besar harapan aku baca belanjawan ni...harap2 bile pr menang terlaksana lah semua janji dalam belanjawan ini...
menuju perubahan,mengurus kemenangan...

Rabu, 26 Oktober 2011

menyahut seruan Ilahi...


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Ketika ini saudara-saudara kita yang telah terpilih menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan fardu haji ke Baitullah sedang sibuk membuat persiapan akhir. Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dengan pemilihan ini kalian akan melengkapkan rukun Islam ke5 iaitu rukun yang wajib disempurnakan apabila berkemampuan. Ramai saudara-saudara kita tidak berpeluang untuk kesana walaupun telah lama mendaftar dan membuat bayaran penuh kerana quata tidak mengizinkannya.
Ingatlah! Pemergian kalian ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji adalah jihad dijalan Allah SWT. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT, memohon kemaafan saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai, jika ada hutang-hutang yang lama belum dibayar maka diselesaikanlah atau minta halal kerana kita telah bebas daripada perkara-perkara yang wajib di selesaikan.
Ketika di Tanah Suci janganlah merosakkan ibadah kita dengan melakukan perkara mungkar serta kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti mengumpat, mencaci, memaki hamun dan mengutip batu di Tanah Suci untuk dibawa balik ke tanah air.

Oleh itu bagi setiap orang Islam yang ingin mengerjakan ibadat haji mestilah mengetahui segala rukun dan adab haji dengan betul supaya hajinya diterima oleh Allah.

Apalah gunanya jika ibadat haji yang mempunyai ganjaran dan kelebihan begitu besar seperti ganjaran orang yang berjihad di jalan Allah itu rosak dan binasa disebabkan perkara mungkar dan khurafat yang kita kerjakan. Malah ibadat haji yang kita kerjakan itu tidak diterima oleh Allah dan ia menjadi sia-sia.

Oleh yang demikian, bakal jemaah haji seharusnya mengambil perhatian berat berhubung perkara ini dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara mungkar dan khurafat. Mudah-mudahan dengan kita menjauhi segala perkara mungkar dan khurafat itu ibadat haji kita akan diterima oleh Allah.
Daripada Abdullah bin Masu'd bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hubungkanlah sekalian kamu antara haji dan umrah kerana ia menghapuskan dosa dan kemiskinan seperti menghembus tukang besi akan kotoran besi, emas dan perak. (Hadis riwayat Tirmizi).

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah dan tidak dicemari perkara dosa dan maksiat, dia akan kembali seperti hari pertama dia dilahirkan". (Hadis riwayat Bukhari).
Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah yang bermaksud : "Dan (diantara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barang siapa mengingkari (kewajipan) haji, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.".
(Surah Ali-Imran ayat 97)
Sesiapa yang telah mencukupi perbelanjaan untuk menunaikan haji maka dia wajib mengerjakannya tanpa ditangguh-tangguh lagi kerana ajal dan maut seseorang tidak siapa mengetahuinya.
Lantaran itu, jelas di sini bahawa ibadah haji wajib ke atas setiap muslim, baligh, berakal, merdeka, aman perjalanan dan berkemampuan. Satu syarat tambahan untuk wanita iaitu adanya mahram bersamanya.

Yang dimaksudkan dengan kemampuan ialah:

1. Memiliki bekalan yang mencukupi bagi perjalanan pergi ke Tanah Suci dan perjalanan pulang ke tanah airnya untuk dirinya dan perbelanjaan mereka yang di bawah tanggungannya semasa pemergiannya.

2. Pengangkutan yang sesuai.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan)." (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih).
Dalam satu hadis Nabi SAW melarang keras sesiapa yang enggan atau tidak berniat langsung untuk menunaikan salah satu rukun Islam yang lima iaitu mengerjakan fardu haji tanpa alasan yang dibenarkan syarak dan dia pula berkemampuan maka matinya adalah mati sebagai Yahudi atau Nasrani. na'uzubillahiminzalik.
Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani".(Hadis Riwayat Tirmizi dan Baihaqi).
Terdapat 4 tingkatan ibadah haji yang dilakukan oleh orang-orang Islam sama seperti ibadah solat dan puasa iaitu :

Pertama : Haji Mardud.

Haji Mardud ialah haji yang tidak diterima olah Allah SWT lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT.
Kedua : Haji Maqbul.

Haji Maqbul adalah haji yang sah dan diterima oleh Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala.
Ketiga : Haji Makhsus.

Haji Makhsus adalah ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang yang tertentu yang sempurna segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah SWT tetapi diampunkan segala dosanya.
Haji ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud :
” Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya ”
Keempat : Haji Mabrur

Haji Mabrur adalah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua muslim boleh mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain dari diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas yang bermaksud :” Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan syurga ”
Sahabat yang dihormati,
Setiap mukmin yang telah dipilih menjadi tetamu Allah SWT dan berpeluang mengerjakan fardu haji maka dia perlulah berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT semoga ibadah haji yang dikerjakannya adalah mendapat Haji Mabrur.

Adapun perkataan “MABRUR” di segi pengertian bahasanya ialah perbuatan yang tidak ada syubahat atau keraguan padanya atau hanya diertikan dengan makna yang diterima.
Makna Haji Mabrur pada istilah ialah haji yang diterima dan balasannya yang luarbiasa iaitu syurga, manakala lawannya ialah Haji Mardud iaitu haji yang ditolak dan tidak diterima.
Apakah syarat-syarat untuk mendapat Haji Mabrur?
Untuk mencapai tingkatan haji yang mabrur, tidak semudah seperti yang disangkakan tetapi tidak mustahil untuk mendapatkannya. Ia memerlukan beberapa syarat yang tertentu berdasarkan masa-masa tertentu.
Sebelum menunaikan fardu haji ada beberapa perkara yang seharusnya diperbetulkan sebelum berangkat keTanah Suci iaitu :
1. Niat semata-mata kerana Allah SWT.

Niat semata-mata kerana Allah swt, jangan sekali dicampur-adukkan dengan perasaan riak dan takbur. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Umar Al-Khattab yang bermaksud ” Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu apa yang diniatkan ”
2. Wang perbelanjaan diperolehi daripada sumber yang halal.

Wang yang diperolehi dan akan digunakan untuk tujuan menunaikan ibadat Haji hendaklah daripada sumber yang halal, jangan sekali dicampur-adukkan dengan sesuatu yang haram atau yang syubahat.
3. Kewajipan diri sendiri telah sempurna dan tidak mempunyai tanggungan lain yang wajib disempurnakan.

Setelah cukup syarat yang mewajibkan seseorang itu menunaikan haji tanpa memaksa diri sendiri dan semua tanggungan yang lain telah disempurnakannya tanpa menjejaskan pemergiaannya ke tanah suci untuk mengerjakan haji.
4. Semasa mengerjakan haji dijaga semua perkara iaitu :
a. Menyempurnakan segala rukun-rukun haji.
b. Menyempurnakan segala perkara-perkara wajib haji.
c. Membayar segala jenis dam yang dikenakan.
d. Tidak melakukan larangan ketika berihram haji seperti persetubuhan, kemaksiatan dan kemungkaran. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud :
” Masa untuk mengerjakan Ibadah Haji itu ialah beberapa bulan termaklum, oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya dengan niat mengerjakan Ibadah Haji itu, maka tidak boleh mencampuri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Haji ”
5. Selepas menunaikan haji (sudah balik ketanah air)
Orang yang telah menunaikan Haji, dianggap telah membersihkan dirinya daripada segala dosa dan kesalahan, setelah menunaikan ibadah haji khasnya setelah kembali ke tanah air maka beberapa perkara perlu diawasi :
a. Mengekalkan diri sentiasa dalam keadaan bersih dari sebarang noda dan dosa dengan menjauhkan perkara-perkara mungkar yang dilarang.
b. Memperbanyakkan amal soleh untuk meningkatkan iman dan ketakwaannya.
c. Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna di segi akhlak dan kelakuannya.
Dengan terlaksananya segala apa yang dinyatakan seperti di atas, maka besar kemungkinan seseorang itu akan mencapai ke tahap Haji Mabrur yang diidamkan oleh setiap pengunjung Baitullahil Haram.
Sahabat yang dikasihi,
Dengan huraian yang ringkas ini, diharap akan dapat memberikan satu gambaran tentang Haji Mabrur dan pencapaiannya atau sekurang-kurangnya dapat dijadikan sebagai panduan untuk mencapai Haji Mabrur.
Sesiapa di antara kalian yang belum lagi menunaikan haji maka berdoalah kepada Allah SWT semoga dipermudahkan oleh Allah SWT dan diberikan-Nya rezeki untuk menjadi tetamu-Nya kerana mereka yang terpilih sahaja layak menjadi tetamu-Nya.
Bagi sesiapa yang telah terpilih tahun ini untuk menjadi tetamu Allah SWT saya mengucapkan tahniah. Buatlah persiapan terbaik darisegi rohani, jasmani, emosi, mental dan kewangan.
Jangan lupa doakan saya dan keluarga semoga kami mampu pula ke sana dan diberikan oleh Allah SWT rahmat dan diberkati-Nya dan dimurahkan rezeki dan mampu meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah.
Saya doakan kalian semua semoga dikurniakan taufik dan hidayah-Nya serta kemampuan untuk melaksanakan ibadah haji dengan sempurna dan penuh ketakwaan, terhindar dari sifat riak yang merosakkan amalan.
Kepada Allah SWT diserahkan segala urusan dan kepada-Nya dipohonkan ganjaran di atas setiap amal yang dikerjakan.